Bintang dan lagenda World Wrestling Entertaintment (WWE), Triple H mengabadikan satu hadiah istimewa buat juara Bundeliga musim 2016-2017, Bayern Munich.
Bayern Munich sekali lagi muncul sebagai juara Bundeliga pada musim ini.- kejuaraan yang sinonim dengan penguasaan kelab Bavarian tersebut.
Gergasi dari Jerman itu mengendahkan pemergian Pep Guardiola ke Manchester City untuk kejuaraan ke-27 Bundesliga dalam sejarah kelab berkenaan.
Pencapaian pada musim 2016-2017 adalah kejuaraan Bundesliga kali ke-5 berturut-turut buat Bayern Munich.
Kali ini mereka menamatkan musim dengan perbezaan 15 mata di atas saingan terdekat, RB Leipzig.
Ini adalah kejuaraan pertama kelab berkenaan di bawah kendalian Carlo Ancelotti pada musim pertama pengurus berbangsa Italy itu selepas pemergian Pep Guardiola pada hujung musim lalu.
Kejayaan Bayern Munich merangkul kejuaraan Bundesliga pada musim ini menunjukkan salah satu dominasi hebat dalam salah satu liga terbesar di Eropah.
Ia adalah sesuatu yang seharusnya diraikan. Kejayaan dan dominasi Bayern Munich turut diraikan oleh satu lagi nama besar dari arena yang berbeza.
Bintang WWE, Triple H meraikan kejayaan Bayern Munich dengan cara yang cukup epik.
Bintang gusti profesional, Triple H turut mendakwa dirinya adalah penyokong West Ham- siapakah di antara kita yang berani mempersoalkannya?
Beliau mengucapkan tahniah kepada kelab Bavarian itu melalui akaun media sosial Instagram setelah Bayern Munich menewaskan Freiburg pada bulan lepas.
Perlawanan tersebut juga adalah perlawanan terakhir kapten Bayern Munich, Philip Lahm dan pemain tengah dari Sepanyol, Xabi Alonso sebagai pemain profesional.
Kedua-duanya mengumumkan persaraan dari bola sepak profesional selepas tamat musim ini.
Triple H atau nama sebenarnya, Paul Michael Levesque berkongsi gambar tali pinggang istimewa yang ditempa dengan logo Bayern Munich di setiap sisi lambang rasmi WWE.
Bersama muat naik dalam akaun Instagram tersebut, Triple H turut menulis:
“@FCBayern: 5 tahun @Bundesliga, SATU Juara!”
Lagenda arena gusti profesional itu turut menghadiahkan Chelsea tali pinggang kejuaraan yang serupa ketika Chelsea dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
Mungkinkah Triple H akan menempa satu lagi tali pinggang khas untuk kelab yang beliau minati iaitu West Ham selepas ini?