Nolito Salahkan Cuaca England Sebagai Punca Muka Anak Perempuannya ‘Berubah’

Pemain Manchester City, Nolito baru-baru ini telah menyalahkan cuaca di England sebagai salah punca mengapa wajah anaknya berubah.

Ketika bercakap di sebuah stesen radio Sepanyol, Nolito berkata yang wajah anak perempuannya kini berubah ‘seperti orang yang tinggal di dalam gua’.

“Saya tengok anak perempuan saya dah berubah mukanya sejak duduk di England.”

“Muka dia dah macam orang duduk dalam gua!”

Nolito mengakui beliau mengalami kesukaran untuk membiasakan diri dengan kehidupan di England. Malah, beliau mengalami kesukaran dalam berbahasa Inggeris.

“Saya ada belajar bahasa Inggeris sedikit. Saya cuma reti cakap selamat pagi, selamat petang, terima kasih, esok. Itu saja.”

Nolito jelas mahu tinggalkan Manchester City walaupun baru sahaja menyertai mereka.

“Saya masih di bawah kontrak dan terpulang pada Manchester City untuk tentukan. Tapi saya mahu keluar dari kelab.”

Musim ini sahaja telah menyaksikan beberapa pemain yang beraksi di England meluahkan komen mereka mengenai cuaca di England.

Pemain pinjaman Hull City dari Internazionale iaitu Andrea Ranocchia turut berasa hairan dengan cuaca di England.

Menurut beliau, beliau tidak pernah nampak matahari sepanjang berada di England. Apa yang beliau nampak hanyalah awak mendung atau hujan sahaja.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN