Bintang Skuad Denmark Setuju Untuk Bermain Perlawanan Menentang Wales

Berita yang cukup melegakan menanti pasukan Denmark.

Para bintang skuad negara tersebut telah pun mencapai kata sepakat untuk bermain untuk Denmark dalam satu perlawanan.

Menurut laman Sky Sports, para pemain skuad Denmark bersetuju untuk turun beraksi Bersama skuad kebangsaan dalam aksi UEFA Nations League menentang Wales.

Walaupun begitu, keputusan yang dilakukan oleh para bintang bola sepak Denmark itu hanyalah bersifat sementara.

Hal ini kerana, para pemain seperti Christian Eriksen dan juga Kasper Schmeichel dan rakan-rakan hanya akan turun untuk perlawanan yang dijadualkan pada hari Ahad ini sahaja.

SAMARA, RUSSIA – JUNE 21: Christian Eriksen of Denmark celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group C match between Denmark and Australia at Samara Arena on June 21, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Robert Cianflone/Getty Images)

Pemain yang menjadi bidan terjun dalam aksi Denmark menentang Slovakia tempoh hari, Rasmus Johansson berkata aksi pada hari Ahad ini jauh lebih penting berbanding perlawanan tempoh hari.

“Perlawanan pada hari Ahad jelas merupakan aksi yang lebih penting berbanding dalam perlawanan menentang Slovakia.”

“Pastinya untuk perlawanan ini mereka akan hantar para pemain yang sering beraksi untuk pasukan kebangsaan kerana perlawanan ini lebih signifikan.”

“Saya tak rasa saya akan bermain lagi untuk pasukan kebangsaan.”

Para pemain skuad Denmark melancarkan mogok selepas mereka mengalami percanggahan bersama Denmark FA mengenai isu hak imej pemain.

Hasil daripada itu, perlawanan persahabatan menentang Slovakia tempoh hari dibarisi oleh para pemain Denmark yang beraksi di liga bawahan serta jurujual!

Ia sememangnya tampak pelik, namun ia ibarat bulan jatuh ke riba buat mereka. Tak pernah terlintas untuk mereka bermain untuk negara!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN