Eto’o Dedah Rahsia Mourinho Julang Kejuaraan Eropah Bersama Inter Milan

Jose Mourinho mempunyai turun naik beliau sebagai pengurus di pelbagai liga.

Mencipta nama Bersama FC Porto apabila memenangi kejuaraan Eropah, kemuncak karier beliau sebagai pengurus adalah ketika memenangi treble bersama Internazionale pada 2010.

Salah seorang bintang beliau pada waktu iaitu Samuel Eto’o mendedahkan rahsia bagaimana pasukannya berjaya menjulang kejuaraan Eropah pada tahun tersebut.

Menurut laman Sport Bible, Eto’o mendedahkan Mourinho melakukan tindakan mengejut apabila membenarkan pemain memberikan taklimat taktikal sewaktu perlawanan.

Sebelum perlawanan menentang Bayern Munich itu berlangsung, Mourinho memberikan sedikit taklimat kepada para pemain beliau mengenai strateginya.

MADRID, SPAIN – MAY 22: Head coach Jose Mourinho of Inter Milan celebrates his team’s victory at the end of the UEFA Champions League Final match between FC Bayern Muenchen and Inter Milan at the Estadio Santiago Bernabeu on May 22, 2010 in Madrid, Spain. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Namun selepas itu dengan secara mengejut, Mourinho meminta Eto’o untuk menyampaikan taklimat kepada rakan sepasukan beliau.

“Jose Mourinho melakukan perkara yang tak ramai pengurus akan lakukan.”

“Beliau memberikan taklimat sebelum perlawanan berlangsung, selepas itu beliau minta saya beri taklimat.”

“Mourinho kata beliau mahu berterima kasih kepada saya sebab itu saya diberikan peluang melakukannya.”

“Saya katakan yang pasukan telah bermain dalam pelbagai perlawanan akhir, tetapi yang ini merupakan paling istimewa antara semua.”

“Jadi kita mahu lakukan sesuatu untuk para penyokong yang berhak menerima semua ini.”

“Sama ada kita menang kejuaraan ini atau pulang mati kerana berjuang untuk membawa pulang piala itu atau kita akan terkorban kerana gagal bawa kemenangan.”

“Selepas bercakap, saya pusing ke belakang dan melihat Julio Cesar menangis.”

Internazionale berjaya menang dalam perlawanan itu apabila 2 gol Diego Milito menumbangkan Bayern Munich.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN