Bintang Serangan Terengganu Beri ‘Signal’ Untuk Layak Bersama Harimau Malaya

Penyerang muda Terengganu, Engku Nur Shakir kini boleh dianggap sedang mengharungi musim yang sangat cemerlang buat dirinya bersama pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) kali ini.

Tatkala lambakan penyerang import membanjiri saingan Liga M musim ini bersama pelbagai rekod dicipta, hadirnya Engku Shakir untuk memberi impak tersendiri bersama Sang Penyu.

Engku Shakir seperti diketahui merupakan salah satu pemain yang berjaya dilahirkan sendiri oleh pihak kejurulatihan Terengganu sejak masih remaja dan berjaya menempatkan diri kini bersama pasukan utama.

Walaupun kini Terengganu dibayangi oleh ramai kelibat pemain serangan senior serta import, jelas pemain muda ini mempunyai kelebihan tersendiri untuk menarik perhatian Tomislav Steinbruckner.

Saat pasukan tersebut mempunyai isu kreativiti serta ketajaman di posisi serangan, tampil Engku Shakir untuk menyelesaikan perkara itu bersama statistik semasa yang sangat memberansangkan.

Ketika ini, Engku Shakir sudah pun mencipta lima bantuan jaringan daripada 15 penampilannya bersama Terengganu musim 2023 selain turut merekodkan empat gol buat pasukan itu dalam aksi domestik.

Berperanan selaku pemain serangan kedua buat pasukan, Engku Shakir menjadi antara pemain paling penting untuk Terengganu bagi memastikan hub kreativiti Terengganu sentiasa hidup serta menjalinkan persefahaman tinggi bersama rakan sepasukan lain.

Selain lincah dalam mengawal bola, pemain berusia 24 tahun itu juga bijak menganalisa permainan untuk beliau mencipta lorongan berbahaya kepada rakan sepasukan serta membina gerakan tersendiri dalam penghasilan gol buat pasukan.

Penampilan positif ditampilkan Engku Shakir itu pastinya kini mampu untuk menarik perhatian para kejurulatihan skuad kebangsaan khususnya buat Kim Pan-gon untuk mewakili Harimau Malaya.

Menjelang aksi persahabatan negara yang akan berlangsung pada bulan hadapan, ini menjadi medan terbaik buat Engku Shakir untuk mempamerkan rentak positif beliau selaku salah satu pemain tempatan paling mencuri tumpuan di posisi serangan.

Seperti diketahui, Kim merupakan jurulatih yang gemar memberi ruang buat para pemain baharu untuk mewakili pasukan kebangsaan dalam siri-siri persahabatan dilalui.

Ini kerana, beliau masih lagi merangka barisan pemain terbaik sebelum mereka menghadapi aksi Piala Asia yang akan berlangsung pada awal tahun hadapan dan segala persiapan sedang dirancang untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu pasukan paling bersedia.

Pastinya kehadiran Engku Shakir memberi kelebihan terbaharu buat Kim untuk terus memantau pemain berkenaan jika bintang muda itu mampu memberi impak bersama skuad kebangsaan jika diberi peluang pada siri persahabatan akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN