Seorang bintang Premier League telah diberkas oleh pihak polis di utara London selepas melakukan jenayah rogol.
Pemain yang tidak dinamakan atas faktor undang-undang itu telah diberkas oleh pihak polis pada Isnin lalu atas jenayah yang dilakukannya pada bulan Jun.
Menurut Metropolitan Police, satu laporan telah pun dibuat oleh mangsa yang berusia sekitar 20-an terhadap si pelaku yang usianya menghampiri 30-an.
“Pada 4 Julai, sebuah pertuduhan merogol wanita yang berada pada usia 20-an telah dilaporkan kepada polis. Ianya dilaporkan yang jenayah rogol itu dilakukan pada Jun 2022.
“Pada 4 Julai, seorang lelaki telah ditangkap dengan alamat terletak di Barnet atas tuduhan rogol dan direman. Siasatan kini masih lagi dijalankan,” kata pihak Metropolitan Police.
Teka-teki pastinya sedang bermain dalam kalangan peminat bola sepak mengenai siapakah identiti pemain tersebut.
Mungkin akan ada yang mengaitkan dengan pemain Arsenal dan Tottenham Hotspur memandangkan jenayah tersebut dilakukan di utara London – kawasan dua pasukan tersebut.
Dengan musim baharu yang tidak lama lagi akan tiba, ianya pasti akan merencatkan persiapan pasukan malah menganggu karier pemain tersebut.
Tapi salah sendiri kan? Berani buat kena berani tanggung.
Isu melibatkan pemain Premier League dengan keganasan terhadap wanita ini bukanlah perkara baharu. Musim lalu, pemain Manchester United iaitu Mason Greenwood telah ditahan kerana berlaku mendera seorang wanita.
Perbuatan Terkutuk Mason Greenwood ‘Tibai’ Teman Wanita Kini Tular
Pada awal tahun ini, Greenwood telah memukul teman wanitanya iaitu Has Robson selepas ajakan untuk melakukan hubungan seks ditolak.
Greenwood telah mencederakan Robson dan pelbagai bukti telah ditularkan di media sosial hinggakan pemain muda Manchester United itu terpaksa disisihkan dari kelab.
Greenwood kini tidak lagi muncul dalam skuad United selepas kesnya dibawa ke pihak polis dan masa depannya masih belum diketahui nasibnya.