Bintang Pertahanan Muda Perancis Ada Dalam Sasaran Arsenal

Arsenal dikhabarkan kini sedang menilai tonggak pertahanan baharu untuk dibawa masuk bagi memperkukuhkan senarai pemain mereka pada musim ini.

Pemain yang berada dalam permerhatian mereka kini untuk ditandatangani ialah pertahanan tengah Eintracht Frankfurt, Evan Ndicka.

Pasukan kendalian Mikel Arteta itu kini berada dalam momentum terbaik dalam saingan English Premier League (EPL) apabila menerajui carta liga dengan 27 mata sudah diraih daripada 10 perlawanan dihadapi.

Kelab itu juga dilihat antara yang sangat stabil dari segi kualiti pemain di barisan pertahanan untuk digilirkan oleh Arteta dalam setiap perlawanan.

Wiliam Saliba dan Gabriel Maghalaes merupakan pilihan utama Arteta kini, setelah pasangan pertahanan ini telah bermain dalam 10 perlawanan liga dan kedua tonggak itu sangat stabil.

Kedua pemain ini jelas mempunyai persefahaman yang sangat tinggi, selain Ben White bermula dalam setiap perlawanan di posisi pertahanan kanan.

The Gunners juga masih mempunyai pilihan lain sekiranya Saliba Atau Gabriel tidak dapat diturunkan pada perlawanan akan datang menerusi pemain-pemain lain yang mempunyai kualiti tinggi.

White antara pilihan utama yang di posisi pertahanan tengah, sementara Rob Holding, Takehiro Tomiyasu, dan Granit Xhaka juga tidak bermasalah sekiranya beraksi di posisi tersebut.

Cuma situasi yang sedikit memberi kesukaran buat Arteta kini sekiranya Gabriel tidak beraksi, beliau tidak mempunyai pemain yang pertahanan tengah berkaki kiri untuk digantikan.

Disebabkan itu kini pasukan tersebut sedang memantau aksi Evan Ndicka yang dilihat bersesuaian untuk menyelesaikan kegusaran dihadapi oleh Arteta jika situasi memaksa Gabriel tidak boleh beraksi.

Pertahanan berusia 23 tahun itu kini selesa beraksi di sebelah kiri serta mempunyai fizikal ideal untuk menyertai Arsenal pada jendela perpindahan akan datang.

Ndicka yang merupakan pemain kelahiran Perancis itu sudah pun beraksi di semua peringkat umur skuad kebangsaan, namun masih lagi belum berpeluang menembusi pasukan senior.

Menurut Sport Bible, kontrak beliau bersama Frankfurt bakal tamat pada penghujung musim, dan pemain tersebut bebas untuk membincangkan kontrak baharu bersama kelab Eropah lain.

Namun, bukan sahaja Arsenal yang berminat untuk dapatkan khidmat Ndicka, apabila beberapa kelab gergasi lain seperti Juventus, AC Milan, dan Roma turut meletakkan pemain tersebut dalam radar pemantauan mereka.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN