Bintang Muda Terengganu Tekad Pamer Aksi Terbaik Berdepan Bali United

Pertahanan muda Terengganu iaitu Muhamad Ubaidullah Shamsul Fazili menjadi antara pemain paling bersemangat untuk aksi Piala AFC seterusnya membabitkan pasukan diwakilinya itu menentang Bali United.

Ubaidullah menjadi antara pemain muda yang paling menyerlah musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas dirinya turut mendapat tempat bersama skuad kebangsaan bawah 23 (B-23).

Pada usia masih muda, pemain ini juga turut mendapat peluang daripada pengendali utama Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner untuk diturunkan pada beberapa perlawanan.

Pastinya Ubaidullah kini berkobar-kobar menanti peluang jika beliau bakal dibawa turun untuk aksi seterusnya ini di pentas Asia bertemu dengan wakil dari Indonesia tersebut.

Kata Ubaidullah, semangat dan keyakinannya kini memuncak tinggi selepas Terengganu berjaya mencipta kemenangan 1-0 ke atas Central Coast Mariners bagi aksi pembukaan Kumpulan G.

Walaupun begitu, Ubaidullah sedar tentang cabaran getir yang bakal dihadapi beliau bersama rakan sepasukan lain bagi aksi yang bakal berlangsung di Stadium Kapten 1 Wayan Diptar Gianyar, Rabu ini.

Apa tidaknya, Bali United turut tampil garang pad aksi pembukaan mereka, selepas pasukan tersebut berjaya menundukkan wakil dari Filipina iaitu Stallion Laguna dengan keputusan penuh 5-2 di gelanggang lawan.

Pastinya ketajaman pasukan tersebut menjadi keutamaan buat Ubaidullah serta rakan pertahanan lain untuk memastikan mereka juga tidak mengalami situasi serupa.

“Jika diberi peluang beraksi di pentas tertinggi pada Rabu ini, saya akan bagi memberikan sepenuh jiwa dan tenaga dalam padang tidak kira diletakkan di posisi mana sekali pun kerana kami enggan pulang dengan tangan kosong.

“Misi kami juga semestinya mahu mengutip tiga mata penuh dan cuba untuk tidak dibolosi biarpun sedar ia bukan tugasan mudah apatah lagi bermain di depan ribuan penyokong tuan rumah.

“Saya juga tekad mahu membalas kepercayaan yang diberikan dengan memberi komitmen yang tinggi di padang selepas disenaraikan pada kali ini ke Indonesia,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Hadir dengan momentum terbaik kini, sudah tentu Terengganu enggan pulang dengan tangan kosong dalam usaha mereka untuk cuba mencipta sesuatu positif di gelanggang lawan.

Selain Ubaidullah, para pemain Sang Penyu yang lain juga kini pastinya ingin mengharumkan nama pasukan serta cuba mencipta kejayaan sebaik mungkin sebagai hadiah buat para penyokong mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN