Kenapa Bojan Ciger Perlu Dikekalkan Kedah Musim Depan?

Pertahanan import Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Bojan Ciger mungkin bukan nama yang begitu popular disebut dalam kalangan penyokong Sang Kenari dalam setiap perlawanan dihadapi pasukan tersebut musim ini.

Beraksi di posisi pertahanan, kelibat Ciger bukan nama yang selalu terlibat dalam situasi menyerang atau kerap menjaringkan banyak gol berbanding rakan sepasukannya seperti Ifedayo Olusegun, Manuel Hidalgo dan pemain lain lebih popular.

Namun, musim ini boleh dikatakan Ciger merupakan pemain paling penting buat Kedah sejak awal perlawanan sehingga kini untuk kental menghalang pemain serangan lawan mencipta sesuatu di posisi pertahanan.

Beraksi buat pertama kali di Malaysia, nama beliau jelas tidak begitu dikenali ramai dan Ciger memberi salam perkenalan dengan begitu menyakinkan selaku pertahanan import buat penyokong Sang Kenari.

Pemain kelahiran Serbia ini menjadi antara rekrut baharu Sang Kenari sejak awal musim bersama barisan import lain untuk kembali memperkukuhkan Kedah buat pertama kali bawah kendalian Nafuzi Zain.

Impak yang diberikan bekas pertahanan Navbahor Namangan ini jelas begitu ketara di posisi pertahanan Kedah, selepas beliau mencipta gandingan yang begitu baik bersama para pemain tempatan lain dalam setiap perlawanan dihadapi.

Ciger juga merupakan seorang pertahanan yang memainkan peranan cukup penting selaku ‘ball-playing defender’ dan menepati piawaian diinginkan oleh pengendali bola sepak moden seperti Nafuzi Zain.

Selain bijak menangani tekanan serangan lawan, Ciger juga merupakan pemain yang mahir melepaskan hantaran-hantaran berbahaya untuk membuka ruang serangan Kedah.

Malah, pemain ini boleh dianggap memiliki ketenangan cukup tinggi di atas padang serta mempunyai ciri sebagai seorang pemimpin kepada rakan sepasukan lain.

Sesuatu yang sangat merugikan jika pengurusan Kedah bertindak lambat untuk cuba mengadakan perbincangan awal bersama Ciger bagi membincangkan hala tuju pemain tersebut musim hadapan.

Ini kerana, Ciger sebenarnya sudah pun menyelesaikan aspek kelemahan Kedah sejak beberapa musim lalu di posisi pertahanan yang dianggap sangat tidak konsisten.

Kenali Bojan Ciger, ‘Ball-Playing Centre Back’ Yang Lengkapkan Falsafah NafuziBall

Pemain ini mungkin bukan sempurna secara keseluruhan di atas padang dalam setiap perlawanan, namun Ciger dapat mengatasi segala isu kelemahan Kedah kini terutama pemain berbaka ‘ball-playing defender’ yang tidak banyak pasukan lain memilikinya.

Apapun, ianya tertakluk sendiri kepada pengurusan Sang Kenari untuk menilai Ciger jika beliau mampu dikekalkan bagi membantu Kedah musim hadapan, atau mereka mempunyai perancangan terbaharu di posisi tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN