Bintang Muda Terengganu Tak Sabar Untuk ‘Gegar’ Liga Super Musim Depan

Bintang muda Terengganu, Muhammad Muslihuddin Atiq Mat Zaid antara pemain muda kelab tersebut yang dijangka akan memperkuatkan pasukan utama Sang Penyu untuk saingan musim hadapan.

Musim lalu menyaksikan nama Atiq antara paling cemerlang selaku bintang muda Terengganu II , selepas beliau memastikan pasukan tersebut menjuarai saingan MFL bawah kendalian Hairuddin Omar.

Pada usia 21 tahun, pemain ini boleh dianggap aset terbaharu untuk Terengganu kerana beliau memiliki keupayaan tinggi beraksi di posisi serangan.

Tidak terbatas di posisi asal iaitu sayap kiri, Atiq juga mampu beroperasi dengan sangat baik di bahagian kanan serta selaku pemain tengah serangan.

Musim lalu menyaksikan Tomislav Steinbruckner sudah pun memberi ruang buat pemain muda tersebut untuk beraksi sebanyak tiga kali dalam saingan Liga Super.

Malah, pemain serangan ini juga turut memikat kejurulatihan kebangsaan bawah 23 (B-23) untuk menyertai kem latihan pusat sebanyak beberapa kali.

Untuk saingan hadapan, nama Atiq antara dilaporkan bakal menjadi pertaruhan baharu Steinbruckner untuk memperkukuhkan lagi aspek serangan Sang Penyu.

Malah, Atiq sendiri juga mengakui beliau tidak kisah sebenarnya untuk terus beraksi dalam saingan MFL jika tidak mendapat ruang di pasukan utama.

“Secara lisan, saya sudah mendapat tawaran daripada pasukan TFC, impian sudah tentu untuk kekal bermain di Terengganu, lagipun saya begitu gembira bermain di sini.

“Impian saya sudah pasti mahu beraksi di Liga Super pada musim ini, tapi saya perlu menanti tawaran secara hitam putih terlebih dahulu daripada TFC.

“Jika tak dapat beraksi dalam Liga Super, saya tidak keberatan untuk bermain dalam skuad Piala MFL dalam misi untuk mengekalkan kejuaraan dimenangi pada musim lalu,” kata Atiq menerusi laporan Harian Metro.

Terdahulu, laporan juga menyatakan pemain serangan ini turut menarik minat beberapa kelab di Lembah Klang serta Utara, namun Atiq menegaskan beliau mahu menabur bakti bersama kelab negerinya terlebih dahulu.

“Lagipun pada musim lalu, ketua jurulatih TFC, Tommy (Steinbruckner) beberapa kali memanggil saya beraksi dalam skuad utama, jadi keserasian sudah ada,” katanya akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN