Bintang Muda Liverpool Dihukum FA Kerana Ejek Harry Kane

Bintang muda Liverpool, Harvey Elliot telah digantung selama 14 hari dari terlibat dalam sebarang aktiviti perlawanan bola sepak oleh The FA selepas didapati bersalah melanggar peraturan badan induk bola sepak England itu.

Pemain sayap itu diambil tindakan berkaitan muat naik sebuah video di media sosial yang menghina Harry Kane.

Walaupun Elliot sebelum ini telah memohon maaf secara terbuka kepada Kane atas perbuatan tersebut, ia tidak menghalang The FA daripada menjatuhkan hukuman gantung beserta denda berjumlah £350.

Malah The FA turut mengarahkan pemain berusia 16 tahun itu mengikuti satu kursus – berunsur pendidikan – untuk mengubah sikap dan sebagai pengajaran.

Menurut The FA lagi, Elliot dikenakan tindakan tersebut kerana telah melanggar Peraturan E3(1), bersabit kesalahan kerana menggunakan tutur kata bertujuan menyerang atau menghina – di dalam kes ini Harry Kane dirujuk sebagai rakan profesional.

Elliot dipercayai merakam video tersebut ketika sedang menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) diantara pasukan Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Sedar akan tindakan tersebut – dianggap tidak matang oleh netizen – adalah satu kesilapan, Elliot tampil memohon maaf kepada Kane.

Elliot menyertai Liverpool dari Fulham pada 28 Julai, dan debut beliau bersama Liverpool hadir dalam kemenangan menentang Napoli dalam perlawanan persahabatan pra musim.

Beliau kemudiannya menjadi pemain kedua termuda yang pernah tampil dalam perlawanan kompetitif untuk Liverpool selepas Jerome Sinclair, selepas diturunkan beraksi dalam perlawanan menentang MK Dons di pertandingan Piala Carabao pada usia 16 tahun, 174 hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN