Bintang Muda Indonesia Yakin Sang Garuda Mampu Mara Ke Suku Akhir Piala Asia B-23

Pemain muda berbakat besar Indonesia, Hokky Caraka tampil dengan keyakinan penuh skuad bawah 23 (B-23) negaranya mampu mara lebih jauh dalam saingan Piala Asia B-23 2024 di Qatar.

Menurut Hokky, Indonesia B-23 memiliki potensi tersendiri untuk melayakkan diri ke pentas suku akhir sekurangnya dalam saingan tersebut.

Ketika ini, kem Sang Garuda B-23 tampil sedikit bermasalah apabila laporan menyatakan beberapa pasukan dalam saingan Liga 1 Indonesia enggan melepaskan pemain muda terbaik mereka.

Apatah lagi kejohanan tersebut juga tidak berada dalam kalendar rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), maka setiap kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain mereka menyertai kem kebangsaan.

Disebabkan itu, ada kemungkinan besar kebanyakan pemain utama skuad B-23 Indonesia tidak akan dilepaskan oleh kelab mereka untuk menyertai kem latihan pusat kebangsaan bakal bermula tidak lama lagi.

Namun, pemain muda berbakat besar itu tetap melihat Indonesia sebagai salah satu negara yang mampu untuk mara ke pusingan suku akhir bagi saingan Piala Asia B-23 di Qatar nanti.

Ini kerana beliau percaya, sentuhan berbisa Shin Tae-yong selaku jurulatih mereka mampu untuk membawa Indonesi B-23 mencipta sejarah tersendiri dalam saingan tersebut.

“Ya, kita semua nanti boleh melihat bagaimana jurulatih kita (Shin) memainkan peranan beliau dalam saingan tersebut tidak lama lagi,” ujar beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh CNN Indonesia.

Tambah Hokky, peluang untuk Sang Garuda meloloskan diri ke pusingan suku akhir dilihat sangat terbuka kerana pasukan itu turut akan dibarisi ramai pemain yang sebelum itu beraksi bersama pasukan senior di saingan Piala Asia 2023 lalu.

Pemain seperti Pratama Arhan, Rizky Ridho, Justin Hubner, Rafael Struick, serta Marselino Ferdinan dijangka bakal memperkukuhkan Indonesia B-23 untuk saingan tersebut bawah kendalian Shin.

“Pada pandangan saya, mungkin kita jangan terlalu memberi fokus kepada pasukan lawan, sebaliknya kita tumpu kepada persiapan diri sahaja.

“Ini kerana keadaan pasukan kita juga menarik kerana ia bakal diwakili oleh kebanyakan pemain yang sebelum itu sudah berpengalaman beraksi di pentas Piala Asia 2023 bersama skuad senior negara,” ujarnya lagi.

Untuk saingan ini, nama Hokky antara yang hampir pasti akan dipanggil Shin untuk menyertai kem kebangsaan, selepas statistik permainan beliau bersama PSS Sleman di saingan Liga 1 cukup memberansangkan.

Pada usia 19 tahun, pemain ini sudah diberi peluang beraksi sebanyak 22 perlawanan serta berjaya merekodkan empat gol bersama satu bantuan jaringan secara secara keseluruhan.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN