Bintang muda Indonesia yang menjadi bualan peminat bola sepak sekitar Asean dan Indonesia, Egy Maulana telah menarik minat beberapa kelab ternama Eropah.
Jurulatih skuad Indonesia U19, Indra Sjafri telah mengesahkan anak muda kelahiran Medan, Indonesia itu telah mendapat peluang untuk mengembangkan karier di luar Indonesia.
“Dia ada dapat tawaran besar untuk menyertai kelab di eropah tetapi saya tidak boleh ulas dengan lebih lanjut,” katanya kepada Jakarta Globe.
“Saya lebih suka beliau bermain di luar negara daripada menyertai kelab Indonesia. Dia akan jadi inspirasi kepada pemain muda yang lain ”
Egy memulakan karier bola sepaknya di usia muda ketika di Sekolah Sukan Tasbi Medan. Bakat beliau telah memikat beberapa scout ketika bermain untuk SSB Tasbi Medan dalam kejohanan Bola Sepak Indonesia bawah 12 tahun pada tahun 2012.
Egy muncul penjaring terbanyak kejohanan itu dengan 8 gol.
Pada bulan Jun lalu, Egy telah memenangi anugerah pemain terbaik dalam kejohanan Toulon di mana beliau membuat penampilan pertama untuk skuad kebangsaan Indonesia U19.
Antara pemain yang pernah memenangi anugerah itu ialah Cristiano Ronaldo dan Zinedine Zidane.