Bintang Korea Selatan Jadi Pilihan Terbaharu Buat JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) nampaknya bakal meneruskan penguasaan mereka dalam dunia bola sepak domestik serta ingin terus memberi cabaran di pentas antarabangsa, dengan pemain import terbaharu mereka kini bakal diperkenalkan.

Menerusi laman SNE Sports, JDT berjaya menandatangani pemain import dari Korea Selatan iaitu Park Jun-heong untuk memperkukuhkan jentera pertahanan pasukan tersebut musim ini.

Tampil selaku wakil Malaysia beraksi di kejohanan AFC Champeons League Elite (ACLE) musim ini, sudah tentu menjadi keutamaan JDT untuk mengukuhkan segenap aspek demi memberi persaingan sengit kepada pasukan lawan.

Untuk rekod, Park sebelum ini merupakan pemain yang beraksi di Thailand dalam saingan Thai League 1 bersama Ratchaburi FC selaku pertahanan tengah utama pasukan tersebut.

Park memulakan karier beliau suatu ketika bersama Pohang Steelers sebelum menyertai Offenbach dan Mainz 05 di Jerman dan kembali pada tahun 2009 ke Korea Selatan bagi mewakili Daegu FC.

Pemain berusia 31 tahun itu juga pernah berkelana di Portugal selama beberapa tahun dan menyertai pelbagai kelab di sana sebelum kembali ke Korea Selatan untuk menyertai Suwon Bluewings.

Karier beliau memuncak ketika menyarung jersi Kitchee FC di Hong Kong dengan beberapa kejuaraan berjaya diraih pemain tersebut dan buat pertama kali bermain di Asia Tenggara untuk menandatangani kontak bersama Ratchaburi FC.

JDT bakal menjadi kelab pertama buat Park di Malaysia selepas beliau dikatakan bakal menyertai Harimau Selatan pada jendela kedua perpindahan serta berkemungkinan akan turut bersaing di kejohanan ACLE.

Jika segalanya berjalan lancar, Park bakal menjadi pemain pertama dari Korea Selatan untuk menyertai JDT selepas pasukan tersebut diperkenalkan dalam arena bola sepak tanah air.

Ketika ini, JDT sudah pun memilik dua pertahanan import iaitu Shane Lowry bersama tonggak utama skuad kebangsaan Indonesia, Jordi Amat selain bintang tempatan seperti Feroz Baharudin, Shahrul Saad, sert Junior Eldstal.

Kehadiran Park juga dianggap bakal memeriahkan lagi saingan Liga M musim ini, selepas kebanyakan kelab lain kini turut menandatangani ramai pemain dari Korea Selatan seperti Kelantan Darul Naim (KDN).

Malah, penyerang Perak iaitu Lee Tae-min sendiri sudah pun tampil menyerlah dalam saingan awal Liga M musim ini setelah dirinya telah menyumbang dua gol sewaktu berdepan Kedah Darul Aman) Kedah.

Semoga kehadiran Park mampu memberi impak positif buat JDT khususnya dalam saingan ACLE yang bakal dihadapi mereka tidak beberapa bulan sahaja lagi.

Sumber:
SNE Sports

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN