Posisi Serangan Malaysia Terencat Tanpa Faisal Halim & Arif Aiman

Malaysia kini boleh dianggap sedang bergelut dengan isu dalaman apabila mereka sah kehilangan khidmat Faisal Halim serta Arif Aiman Hanapi untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Terdahulu, Faisal Halim terpaksa berehat panjang dan melupakan aksi bersama Harimau Malaya untuk tempoh masa lama kerana masih berada dalam tempoh pemulihan setelah hampi sebahagian besar tubuhnya melecur kerana disimbah asid.

Ketiadaan Faisal bersama skuad kebangsaan di pentas antarabangsa jelas merupakan satu tamparan besar buat Kim Pan-gon sendiri kerana pemain tersebut merupakan tonggak utama Malaysia sejak bawah kendaliannya.

Tatkala penyokong kebangsaan sendiri sedikit gelisah akan nasib Harimau Malaya pada aksi kelayakan ini tanpa pemain Selangor itu, terbaharu bintang muda Malaysia, Arif Aiman juga tidak akan menyertai kem latihan negara kerana mengalami kecederaan.

Ini bermakna Kim sah kehilangan dua pemain sayap utama beliau untuk aksi seterusnya yang mempunyai reputasi cukup tinggi terdahulu di pentas antarabangsa termasuk Piala Asia 2023.

Melihat kepada perkara tersebut, bekas pemain Harimau Malaya iaitu Shahrom Kalam menganggap ia bukanlah pasukan kebangsaan yang sebenar jika tiada Arif Aiman.

Menurut Shahrom, beliau mahu pemain di posisi sama iaitu Akhyar Rashid dan Safawi Rasid berusaha lebih keras untuk menampung kekosongan dua posisi itu.

Melihat kepada keadaan semasa, jelas hanya Safawi dan Akhyar sahaja memiliki keupayaan sebagai pengganti terbaik kepada Faisal serta Arif di bahagian sayap.

“Saya rasa untuk senarai pemain kali ini bukan barisan yang terakhir. Ada juga pemain yang diberi peluang seperti Adib Ra’op dan pemain baru lain yang dipanggil masuk. Tapi, bagi saya, selagi tiada Arif Aiman, selagi itu ia bukan pasukan kebangsaan yang sebenar.

“Namun, kita tetap ada peluang yang mana Pan Gon pasti ada perancangan terhadap perlawanan terutama pendekatan bertemu Kyrgyzstan dan Taiwan. Pemain yang dipanggil masih lagi mampu bersaing.

“Pendekatan dan intensiti permainan mungkin berbeza. Tanpa Faisal dan Arif Aiman akan ada sedikit terencat di bahagian serangan.

“Perkara yang baik apabila Safawi dan Akhyar sudah mendapat minit permainan bersama Terengganu, ini masa mereka memikul tanggungjawab,” kata Shahrom menerusi laporan dikeluarkan oleh Berita Harian.

Laporan terbaharu juga menyatakan Syafiq Ahmad dan Darren Lok terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan untuk digantikan kepada Zhafri Yahya serta Shamie Iszuan.

Untuk aksi kebangsaan akan datang, Malaysia bakal menentang Kyrgyzstan, 6 Jun ini di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek sebelum melayan kunjungan Taiwan dalam aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Nasional, Bukit Jalil, lima hari kemudian untuk menentukan jika mereka mampu atau tidak melangkah ke pusingan seterusnya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN