Bintang EPL Ramal Malaysia Mampu Raih Kemenangan 3-1 Atasi Oman

Pemain bintang English Premier League (EPL) iaitu Marcus Tavernier antara yang memberi ramalan Malaysia mampu meraih kemenangan 3-1 malam ini ketika berdepan cabaran Oman.

Ianya dikongsikan sendiri melalui laman FRFuture Talents di Instagram ketika mereka menyoal bintang Bournemouth mengenai keputusan bakal diraih Harimau Malaya ketika menentang Oman bagi siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Untuk rekod, Marcus Joseph Tavernier dilaporkan sebagai calon terbaharu untuk dijadikan bintang warisan seterusnya buat Harimau Malaya.

Ianya dilaporkan sendiri melalui laman Future Talents di Instagram dengan menyatakan Tavernier memiliki pertalian darah bersama Malaysia melalui datuk sebelah ibunya yang dikatakan berasal dari Melaka.

Pemain yang berusia 24 tahun itu ketika ini aktif beraksi di saingan tertinggi England bersama Bournemouth dan memiliki kerakyatan negara tersebut.

Memulakan karier bersama Newcastle United serta Middlesbrough FC pada awal pembangunan, kini beliau menjadi antara pilihan utama buat Bournemouth di posisi serangan pasukan.

Musim ini sahaja menyaksikan Tavernier telah pun diberi 25 penampilan dalam saingan EPL dengan berjaya mengumpul 2 jaringan serta 4 bantuan gol.

Pemain ini turut mencipta penampilan bersama skuad kebangsaan England bawah 20 (B-20) dan masih belum beraksi untuk skuad senior negara tersebut walaupun sudah menginjak usia 24 tahun.

Persaingan sengit untuk merebut peluang ke pasukan senior England disebabkan lambakan pemain bintang di posisi Tavernier menjadikan beliau berpotensi untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu pantas membuat kerja untuk menghantar pemantau serta mengesan sendiri jika pemain tersebut memiliki pertalian darah bersama Malaysia serta memiliki dokumen lengkap untuk didaftarkan.

Malah, mereka juga perlu bijak memujuk Tavernier untuk menukar kerakyatan beliau kepada Malaysia yang dianggap mampu menjadi aset terbesar buat pasukan kebangsaan.

Pada usia 24 tahun, Tavernier sudah pun memiliki pengalaman cukup luas di saingan tertinggi England untuk berhadapan banyak pemain serta kelab berstatus elit dalam perlawanan kompetitif.

Malah rakan sepasukannya sendiri merupakan para pemain bintang seperti Dominic Solanke yang kini menjadi antara peledak berbisa di England, Justin Kluivert, Lewis Cook, Milos Kerkez dan lain-lain.

Selain itu, Future Talents turut melaporkan Tavernier memiliki seorang abang yang juga kini aktif bersama Rangers FC di Scotland iaitu James Henry Tavernier.

Pemain berusia 32 tahun itu aktif beraksi di posisi pertahanan kiri dan tengah, serta selaku perancang pasukan tersebut dengan aksi cukup menyakinkan.

Pada pandangan anda, adakah Harimau Malaya berpeluang menggunakan khidmat Tavernier pada masa hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN