‘Bintang-Bintang JDT Tersisih’ – Ini Senarai 28 Pemain Malaysia Ke Kem Latihan Pusat Piala AFF 2020

bintang-bintang JDT piala AFF 2020 tiada

Pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe memilih untuk menyisihkan beberapa pemain bintang termasuk daripada juara Liga Super lapan kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) antaranya Corbin Ong dan Matt Davies.

Selain mereka berdua, penjaga gol yang juga kapten JDT, Farizal Marlias juga tidak dipanggil ke dalam skuad kali ini dengan penjaga gol Perak FC dan skuad B-23 negara, Azri Ghani menjadi sebagai pilihan baharu.

Berterusan menjadi tanda tanya adalah tentang ‘kehilangan’ bintang meningkat naik, Arif Aiman Hanapi yang sebelum ini ‘hilang’ dalam skuad B-22 negara dan kali ini daripada senarai skuad Harimau Malaya pula.

Cheng Hoe menyenaraikan lima penyerang untuk dipertimbangkannya termasuk Darren Lok, Shahrel Fikri dan Guilherme de Paula daripada senarai 28 pemain untuk kem latihan pusat bagi Piala AFF Suzuki 2020.

Mungkin tidak mengejutkan apabila De Paula masih menjadi antara pilihan utama skuad kendaliannya, namun, penyenaraian Darren Lok dan Shahrel Fikri bersama Luqman Hakim dan Syafiq Ahmad menunjukkan satu perubahan yang baik buat jentera serangan Harimau Malaya menjelang saingan terbesar Asia Tenggara itu.

Semua telah sedia maklum betapa kurang menyerlahnya jentera serangan Malaysia sejak kebelakangan ini.

Seperti yang diketahui ramai, Dion Cools nampaknya akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk Piala AFF walaupun pada awalnya, kelibatnya mungkin tidak akan kelihatan sehingga aksi terakhir peringkat kumpulan.

Berikut adalah senarai 28 pemain yang disenaraikan oleh Cheng Hoe:

aff 2020 28 pemain
FOTO: FAM

Hanya pemain yang pasukannya sudah terkeluar daripada saingan Piala Malaysia 2021, sama ada peringkat kumpulan dan suku akhir akan melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin, 22 November 2021.

Ia kemudian bakal disusuli pemain yang pasukannya tersingkir pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2021 untuk melapor diri pada Ahad, 28 November 2021. Seterusnya, pemain yang pasukannya layak ke pentas final Piala Malaysia 2021 pada Selasa, 30 November 2021 akan melapor diri pada Rabu, 1 Disember 2021.

Bagi pemain-pemain yang berpangkalan di luar negara, mereka akan melapor diri mengikut tarikh pelepasan yang diberikan oleh kelab masing-masing. Cheng Hoe hanya akan menyenaraikan seramai 24 pemain untuk skuad akhir ke saingan Piala AFF Suzuki dan akan bertolak ke Singapura pada Jumaat, 3 Disember 2021.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN