Bintang Arsenal Terima Surat Amaran Dari FA Kerana Terlalu ‘Bersungguh’ Meraikan Gol

Persatuan Bola Sepak Inggeris telah mengeluarkan satu surat amaran kepada bintang Arsenal, Oleksandr Zinchenko kerana terlalu bersungguh meraikan gol ketika Gunners bertemu Fulham sebelum ini.

Ya, Zinchenko telah diberikan amaran kerana terlalu bersungguh meraikan gol yang dijaringkan oleh rakan sepasukanya.

The Gunners tidak dinafikan lagi sememangnya sedang melalui musim yang sungguh luar biasa menakjubkan pada musim ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu pada ketika ini sedang berada di kedudukan pertama dalam carta saingan Premier League dengan mereka turut lima mata mengatasi Manchester City yang sedang berada di kedudukan kedua.

Rata-rata peminat bersependapat yang urus niaga Arsenal pada musim panas lalu merupakan sebahagian dari punca utama mengapa mereka begitu berjaya pada ketika ini.

Arsenal pada musim panas lalu telah menandatangani Gabriel Jesus, Zinchenko, Fabio Vieira, Matt Turner dan Marquinhos dengan nilai £117 juta.

Gabriel Jesus antara yang paling meninggalkan impak dan jelas sekali dana bernilai £45 juta yang Arsenal bayar untuk dapatkannya dari Man City sangat berbaloi.

Zinchenko juga turut memainkan peranan penting sebalik kejayaan Arsenal menerajui puncak saingan Premier League pada ketika ini walau beliau dibelenggu masalah kecederaan pada awal musim baru ini.

Zinchenko terima surat amaran

Menurut sumber laporan dari Telegraph, pemain kebangsaan Ukraine itu telah diberikan surat amaran oleh pihak FA kerana beliau terlalu bersungguh meraikan gol jaringan rakan sepasukannya.

Surat amaran tersebut telah diberikan kepada Zinchenko sejak Ogos lalu selepas beliau berlebih-lebih meraikan gol kemenangan Arsenal ketika menewaskan Fulham 2-1.

Gabriel Magalhaes ketika itu menjaringkan gol kemenangan untuk Arsenal pada minit ke-86 permainan dengan Zinchenko ketika itu terus ‘naik minyak’ meraikan gol tersebut.

Reaksi keterlaluan Zinchenko itu mengundang kemarahan pihak FA yang kemudiannya telah mengeluarkan surat amaran kepadanya.

Tapi mengapa beliau diberikan amaran hanya kerana terlalu bersungguh meraikan gol tersebut?

Hal itu kerana Zinchenko sebenarnya tidak bermain dalam perlawanan tersebut dan beliau juga bahkan tidak tersenarai dalam senarai skuad simpanan Arsenal.

Pemain berusia 26 tahun itu hanya datang sebagai penonton dan keputusan beliau untuk meraikan gol tersebut menyebabkan beliau dianggap sebagai penceroboh padang.

Penceroboh padang yang ditangkap kebiasaannya akan dihukum namun mujur saja untuk Zinchenko beliau hanya diberikan amaran oleh pihak FA.

Bekas bintang Manchester City itu juga sudah bersetuju dan berjanji kepada FA yang beliau tidak akan pernah mengulangi lagi kesilapannya itu di masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN