Thailand Jadi Pasukan Tunggal Lebur Rekod Tanpa Bolos Vietnam Sejak 2 Bulan Lalu

Vietnam yang tampil serba bagus di segenap posisi dalam saingan Piala AFF 2022 dilihat sebagai salah satu pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan tersebut.

Tampil dengan barisan pemain terkuat mereka, jelas Vietnam tidak hanya hadir untuk menjadi pasukan pelengkap jadual dalam saingan tersebut kali ini sejak awal persiapan dibuat.

Menerusi pengendali berpengaruh mereka iaitu Park Hang-seo, Vietnam memulakan langkah dalam saingan Piala AFF 2022 dengan sangat garang selepas menumpaskan Laos menerusi keputusan 0-6.

Hasil kemenangan itu jelas menyaksikan Vietnam kemudian langsung tidak pernah tewas serta dibolosi sehingga pusingan ke saingan separuh akhir.

Namun, Thailand seperti biasa menjadi batu penghalang kepada pasukan tersebut, selepas mereka berjaya mengikat Vietnam menerusi keputusan 2-2 di Stadium My Dinh.

Selain berjaya menyekat kemaraan Vietnam, Thailand juga menjadi satu-satunya pasukan dalam saingan Piala AFF ini yang berjaya membolosi gawang pasukan tersebut.

Dalam aksi final pusingan pertama Piala AFF tersebut, Thailand seolah tidak menghadapi sebarang masalah besar walau beraksi di gelanggang lawan yang mempunyai ribuan penyokong Vietnam bersorak untuk pasukan kesayangan mereka.

Walaupun begitu, Vietnam terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-23 menerusi Nguyen Tien Linh dan keputusan kekal sehingga wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Bersambung di separuh masa kedua, Thailand tampil dengan lebih agresif dan berjaya memperoleh gol sulung mereka pada minit ke-48 menerusi Poramet Arjvirai.

Pasukan pelawat dilihat berjaya beraksi dengan lebih baik di separuh masa kedua sebelum satu lagi gol berjaya diraih pada minit ke-63 menerusi Sarach Yooyen pula.

Saat Vietnam dijangka hampir tewas di laman sendiri buat kali pertama dalam saingan Piala AFF, tampil Vu Van Than pada minit-minit akhir perlawanan untuk mendapatkan kembali jaringan penyamaan.

Keputusan permainan kekal dengan Vietnam buat pertama kalinya dibolosi dua gol dalam saingan ini di pusingan separuh akhir pertama, sebelum kembali membuat perhitungan bersama Thailand pada 16 Januari.

Rekod yang dipertahankan oleh skuad kendalian Hang-seo itu sekali gus telah pun dipadamkan dan mereka bakal menghadapj laluan sukar untuk aksi kedua nanti.

Untuk rekod juga, kali terakhir Vietnam bolos ketika 30 November lalu sewaktu mereka berdepan Borussia Dortmund yang juga turut berlangsung di Stadium My Dinh.

Hang-seo pastinya kini menjadi individu paling sibuk memikirkan strategi ampuh untuk meraih sesuatu lebih baik pada saingan separuh akhir kedua nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN