Bilik Persalinan Arsenal Di Turf Moor ‘Bertaraf Kampung’, Lagi Bagus Di Liga Malaysia

Sukar untuk membayangkan sebuah kelab dan liga bola sepak yang menjana jutaan pound dari industri menyediakan bilik persalinan bertaraf ‘kampung’, atau lebih teruk daripada apa yang ada di Liga Malaysia.

Hakikatnya itulah yang perlu dihadapi oleh barisan bintang Arsenal apabila berkunjung ke Turf Moor untuk berhadapan Burnley di saingan Liga Perdana Inggeris pada malam tadi.

Satu perkara yang pasti, bilik persalinan dikhaskan untuk anak buah Mikel Arteta tidak semewah seperti apa yang ada di Emirates.

Tatkala barisan pemain bintang Arsenal seperti Pierre-Emerick Aubameyang dan Martin Odegaard sudah biasa dengan persekitaran ala lima bintang di London, protokol berkaitan Covid-19 menyebabkan kunjungan The Gunners ke arena milik Burnley ini berhadapan kelainan.

Ini kerana bilik persalinan di Turf Moor dikatakan sempit. Keadaan itu menyebabkan bilik persalinan yang lebih luas perlu disediakan bersesuaian dengan protokol Premier League menghadapi Covid.

Apa yang ada hanyalah sebuah ruangan luas, dan setiap pemain dibekalkan dengan dua kerusi untuk meletakkan jersi dan barangan peribadi masing-masing.

Walaupun jika diberikan bilik persalinan asal sedia ada, tidak dapat menafikan bilik persalinan pemain kebanyakkan kelab di Liga Malaysia adalah lebih selesa berbanding apa yang ada di Turf Moor.

Bilik persalinan di Turf Moor hanya mempunyai kemudahan asas. Iat idak mempunyai locker pemain, dan hanya mempunyai beberapa buah bangku dan tempat penyangkut jersi, tetapi kelihatan bersih dan kemas.

Bilik persalinan tersebut mendapat perhatian ramai penyokong Arsenal di Twitter yang berpendapat Burnley tidak layak berada di Liga Perdana Inggeris dengan fasilti sedemikian rupa/

Pada 2019, skuad kendalian Pep Guardiola yang berkunjung ke Turf Moor untuk berhadapan Burnley terpaksa melakukan persediaan di dalam keadaan gelap sebelum perlawanan selepas bilik persalinan itu terputus bekalan elektrik.

Apa yang dihadapi oleh pasukan lawan di sana tidaklah menghairankan. Turf Moor sudah digunakan sebagai arena di tempat sendiri oleh Burnley sejak 1883, dan merupakan stadium kedua tertua yang masih digunakan di dalam bola sepak profesional di England.

 

Selepas melalui beberapa pengubahsuian, Turf Moor pada hari ini boleh menampung 21,944 kehadiran.

Sekurang-kurangnya ramai bertanggapan fasiliti di Turf Moor sepatutnya berada pada tahap lebih baik sejajar dengan perkembangan industri bola sepak di sana.

Walaupun dengan kemudahan di Turf Moor yang serba kekurangan, The Gunnes berjaya mendapatkan kemenangan kedua mereka pada musim ini, apabila jaringan tunggal Martin Oedegaard memberikan tima mata berharga.

One Comment

Leave a Reply