Perpindahan Hector Bellerin Ke Real Betis Sanggah ‘Bola Sepak Tidak Dimainkan Berdasarkan Analisis Data’

Hector Bellerin Arsenal Real Betis 2021 analisis data

Analisis data memainkan peranan penting dalam industri bola sepak kini. Namun, masih ada pihak yang menyangkalnya dan ada juga yang mengatakan ‘bola sepak tidak dimainkan berdasarkan analisis data’.

Adakah benar kenyataan mereka? Rata-rata kelab di luar negara telah menggunakannya untuk lebih kompetitif di dalam dan luar padang dengan boleh mengetahui cara untuk meningkat prestasi pemain, posisi terbaik pemain, cara mencegah kecederaan pemain malah cara untuk meningkatkan nilai komersil kelab.

Malah, data boleh membantu ‘menghiburkan’ kita dengan maklumat-maklumat tentang pasukan dikala pasukan tidak bermain. Pasukan boleh bermain dengan data itu untuk terus menarik minat penyokong.

Bak kata bekas Pengurus Perniagaan Digital di Real Madrid, Oscar Ugaz, “Pasukan hanya beri fokus untuk hari perlawanan pada hujung minggu atau empat tahun sekali. Apa yang mereka boleh sajikan kepada penyokong untuk terus menarik minat mereka selain daripada hari perlawanan pada hujung minggu itu sahaja?”

Di sinilah eksploitasi data pemain dan pasukan memainkan peranannya untuk terus menarik minat penyokong mengikuti pasukan di kala tiada perlawanan untuk ditayangkan di kaca televisyen dan sebagainya.

Masih ingat bagaimana dunia melalui hari, minggu dan tahun tanpa bola sepak di awal pandemik COVID-19?

Itu adalah sebahagian contoh bagaimana analisis data ini boleh membantu sesebuah pasukan. Bagaimana ia membantu pemain? Contoh terdekat adalah perpindahan bek kanan Arsenal, Hector Bellerin ke Real Betis.

Atas bantuan sebuah syarikat pembekalan analisis data, Analytics FC, Hector Bellerin berpindah ke kelab dengan potensi untuk mendapat minit permainan yang lebih disamping memaksimumkan kemampuannya.

Di Arsenal beliau mungkin mula rasa kehilangan posisinya kepada Cedric Soares dan Calum Chambers. Beliau juga sudah bersama Arsenal hampir 10 musim dan mungkin merasakan ini masa untuk cabaran baharu.

Dengan tidak mahu meninggalkan Arsenal tanpa jaminan masa untuk bermain, Analytics FC membantunya memburu pasukan yang sesuai untuk berhijrah ke La Liga dan nampaknya, Real Betis dapat memenuhinya.

Menurut The Athletic, Hector Bellerin telah mengupah Analytics FC untuk mencari kelab yang sesuai buatnya untuk dipinjamkan selama semusim di La Liga dan akhirnya, Real Betis adalah yang paling sesuai buatnya.

Ia selepas mengambil kira beberapa faktor antaranya kecenderungan pengendali, Manuel Pellegrini menggunakan formasi 4-2-3-1 musim lalu, yang dilihat akan memaksimumkan potensinya sebagai bek kanan.

Pilihan utama musim lalu, Emerson telah kembali semula ke Barcelona buat seketika – Barcelona terpaksa membayar €9 juta, sebelum berpindah ke Tottenham Hotspur di hari akhir jendela perpindahan yang lalu.

Dan hasilnya, Hector Bellerin telah mendapat penampilan 90 minit pertamanya ketika Real Betis meraih kemenangan pertama selepas empat perlawanan, menewaskan Granada CF pada minggu lalu.

Di Malaysia, jarang sekali kita boleh mendapat maklumat analisis data sebegini. Khabarnya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ada melantik syarikat untuk menguruskannya, namun kita tiada akses untuknya.

Ini kerana, ketika membuat laporan perlawanan di Stadium Bandaraya, penulis ada melihat beberapa petugas yang akan mengumpul data-data perlawanan. Namun, data tersebut tidak didedahkan kepada umum.

Mungkin FAM telah mengupah mereka untuk menyediakan data khas buat FAM dan bukan kepada umum.

Sebagai pengikut bola sepak Malaysia, kita sebenarnya dahagakan maklumat sebegitu. Ada beberapa pihak persendirian yang membuatnya sendiri seperti Devinder Singh (KL City FC), Zuraimi Zukri, OptaJ, Atlead Pass dan terbaharu, Semuanya Analisis. Ia mungkin agak terhad atas kapasiti ia adalah usaha mereka sendiri.

Jadi, walau sekecil data yang mereka sudi salurkan kepada kita sebagai pengikut setia Liga Malaysia, ia dilihat sangat berharga dan bermilai. Terima kasih atas data-data yang telah dikumpulkan untuk tatapan kita.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN