Bierhoff: ” Serang DFB Bermakna Anda Sedang Serang Pasukan Kebangsaan Jerman”

Pengurus Urusan Perniagaan DFB, Oliver Bierhoff menyelar tindakan ultras dan sebahagian penyokong Jerman yang berterusan mengkritik badan bola sepak Jerman – DFB.

Semakin ramai penyokong membawa ‘placard’ dan sepanduk di stadium untuk mengkritik pengurusan DFB yang dilihat semakin hari semakin menjadi boneka.

Penyokong Jerman semakin risau dengan cara DFB mengendalikan bola sepak negara mereka dan dikhuatiri akan mengancam masa depan bola sepak Jerman dan sukan bola sepak bukan lagi milik semua. Harga tiket semakin mahal dan bayaran siaran Bundesliga juga semakin tidak munasabah.

Antara isu yang dibangkitkan oleh penyokong di Jerman adalah:

1. Penjadualan liga yang terlalu mementingkan keuntungan berbanding dengan jadual yang sesuai dengan penyokong. Jadual diubah terlalu kerap membuatkan ramai penyokong ‘away’ rugi kerana sudah merancang perjalanan.

2. Penggantungan stadium kepada penyokong tanpa ada bukti kesalahan yang berat. Ada yang digantung hanya kerana membawa sepanduk anti DFB.

3. Penutupan seksyen penyokong di Dortmund musim lalu kerana kekacauan penyokong di antara BvB dan Leipzig. Namun hukuman menutup satu seksyen stadium dianggap tidak munasabah.

4. Undang-undang yang tidak tegas ke atas Leipzig. DFB gagal meyakinkan penyokong bagaimana RB Leipzig boleh ‘bersih’ dalam peraturan pemilikan 50+1

5. Kawalan keselamatan di stadium yang tidak konsisten. Salah satu sebab kekecohan penyokong musim lalu adalah kerana kawalan keselamatan yang longgar. DFB hanya membantu menambah anggota keselamatan di stadium popular sahaja seperti Allianz Arena kerana tempat tersebut tumpuan penyokong bola sepak dunia setiap minggu.

Untuk kelab yang kecil, kawalan keselamatan sangat longgar kerana kelab kecil ini tidak mampu menambah petugas keselamatan yang melibatkan kos agak tinggi. DFB tidak pula membantu kelab ini. Bayern yang kaya raya mereka bantu.

Banyak lagi isu besar yang dibangkitkan oleh ultras. Pada awal musim ini, ultras telah bersolidariti. Usaha itu dikatakan dimulakan oleh Ultras Schalke. Ia kemudian diikuti oleh ultras-ultras kelab lain.

Anda bolehlah gunakan terjemahan google untuk ayat di atas ini. Ini pula adalah senario ketika perlawanan di antara Bayern Munich dan Bayer Leverkusen tempoh hari. Ultras dan penyokong mereka bersatu hati menghentam DFB.

Namun begitu, Oliver Bierhoff mempertahankan dasar DFB. Beliau juga memberikan contoh kejayaan liga mereka menjual pemain pertama dengan nilai 3 digit juta ataupun ratusan juta.

Bierhoff menuduh pihak yang berterusan mengkritik DFB lebih kepada mereka yang berfahaman Ultras. Poster “Shit DFB” serta ‘Perang ke atas DFB (Krieg Dem DFB)’ semakin popular di media sosial dan di stadium.

Bierhoff risau senario itu akan membuatkan liga Jerman hilang nilai di mata rakan kongsi mereka. Bierhoff menggunakan hujah kejayaan pasukan kebangsaan sebagai contoh kecekapan pengurusan DFB.

“Jika mereka menyerang DFB, bermakna mereka menyerang pasukan kebangsaan Jerman. Ini kerana pasukan kebangsaan itu adalah DFB.”

Ditanya adakah Bierhoff ambil pusing dengan kelompok penyokong ini.

“Sudah tentunya anda harus memberikan perhatian kepada mereka. Ada berapa ramai kelompok kecil ini di dalam stadium? Saya berharap kami boleh berjumpa dan kembalikan semula keseronokan menikmati keindahan bola sepak di dalam stadium.”

Bierhoff menyambut baik cadangan daripada beberapa pihak agar pihak ultras bertemu dengan Presiden DFB, Reinhard Grindel untuk sesi dialog. Ini untuk menjernihkan keadaan.

Bierhoff juga memberikan amaran kepada ultras dan penyokong agar belajar daripada Itali.

“Lihat sendiri apa yang berlaki di Itali. Terdapat tempat duduk kosong di dalam stadium. Ini kerana ramai mereka yang berkeluarga yang enggan datang ke stadium selepas berlaku banyak insiden keganasan di dalam stadium.”

“Ada beberapa stadium gagal dibangunkan dan mundur berbanding dengan yang ada di Jerman.”

Sumber

1. Kicker

2. Writting Fussball

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN