Bielsa Anggap Kemenangan Yang Adil, Lampard Persoalkan Kaedah VAR

Gol tunggal Kemar Roofe pada minit ke-10, memastikan Leeds United membawa sekurang-kurangnya 1 bekalan gol untuk perlawanan ke-2.

Derby County pastinya kecewa apabila 1 penalti mereka ditarik balik selepas tinjauan VAR.

Pertemuan Derby County dengan Leeds menjadi perhatian selepas insiden ‘spy gate’ pada pertengahan musim ini yang membuatkan Lampard bengang dengan Marcelo Bielsa.

Selepas tamat perlawanan, Bielsa menganggap kemenangan itu sebagai keputusan yang adil. Ini kerana Bielsa merasakan mereka adalah pasukan yang lebih baik.

“Ini kemenangan yang adil [untuk pasukan yang lebih baik]. 1-0 adalah satu kelebihan namun ianya tidak mampu menentukan apa-apa.”

Lampard turut mengakui pasukan lawan lebih baik namun sempat menyindir pengadil – Craig Pawson yang menukar keputusan penalti. Lampard menuduh pengadil meggunakan VAR tanpa komputer.

“Saya kagum dengan pengadil dalam perlawanan tegang seperti ini memilih untuk menggunakan pengadil kedua.”

“Penalti itu boleh sebaliknya. Namun pengadil telah memberikannya, beliau adalah bos di atas padang. Beliau cuba meyakinkan penjaga garisan beliau. And rasa ada informasi penting yang pengadil terlepas pandang.”

“Namun dalam kes ini, ianya adalah VAR tanpa sistem komputer. VAR manusia.”

“Saya tidak pasti sama ada itu penalti atau tidak. Namun apabila beluau sudah memberikannya, ianya pelik. Saya tak pernah melihat keputusan seperti itu diubah, kecuali ada perkara yang jelas menyokongnya.”

Perlawanan kedua di antara kedua-dua pasukan akan berlangsung pada 16 Mei ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN