Bibi Ramjani: Terima Kasih MFL Dan FAM Kerana Membantu Kelantan Langsaikan Hutang

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) – Bibi Ramjani menarik nafas lega dengan penggunaan terbaru oleh MFL berkenaan dengan denda pasukan. Bibi Ramjani mengakui isu yang membelenggu pasukan Kelantan membuatkan beliau risau akan kesannya kepada prestasi Kelantan – dalam usaha mereka mahu terus kekal dalam Liga Perdana.

Beliau menyifatkan tindakan itu telah banyak membantu Kelantan untuk melangsaikan tunggakan gaji bekas pegawai teknikal mereka – Alfredo Gonzales.

Nilai tunggakan itu dilaporkan sekitar RM225,940. Bibi Ramjani yakin tunggakan gaji itu akan selesai dalam masa yang terdekat.

Menurut Bibi Ramjani, MFL telah membantu mereka dalam menyelesaikan isu itu melalui pemotongan geran tahunan. Bibi gembira kerana MFL dan FAM menerima rayuan mereka agar membantu meringankan beban pasukan.

MFL sebelum ini mengumumkan bahawa Kelantan antara pasukan yang hanya dipotong 10% daripada geran tahunan mereka. Ianya jauh daripada angka asal iaitu pemotongan 50%.

Bibi Ramjani juga menegaskan Kelantan terbuka menerima hukuman pemotongan mata oleh MFL kerana kesalahan tunggakan gaji tersebut.

Kelantan kini berada di tangga ke-11 dalam saingan Liga Perdana. Bibi Ramjani jelas tidak mahu pasukan itu jatuh ke liga M3 pada musim hadapan

Dan beliau berkata kepada Utusan Malaysia: “Langkah ini dijangka akan menyelamatkan The Red Warriors (TRW) daripada terjatuh ke saingan Liga M3 musim hadapan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN