Bibi Ramjani Pecah Tabung Untuk Bayar Tunggakan Gaji Pemain Isnin

Presiden baru KAFA, Bibi Ramjani sedang giat cuba menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain Kelantan.

Dipetik daripada sumber Mstar Online, Bibi Ramjani menegaskan bahawa pihak beliau akan membayar tunggakan gaji pemain pada Isnin (esok).

Bibi Ramjani juga berseloroh memberitahu beliau ‘pecah tabung besar’ untuk melunaskan gaji pemain yang berkaitan. Selain daripada tunggakan, gaji bulan Ogos pemain juga akan dibayar terus.

Isu gaji pemain telah menjadi topik utama yang membelenggu kem TRW dalam beberapa musim ini. Beliau akan menyerahkan gaji pemain yang terlibat di dalam satu majlis khas.

Beliau mungkin mahu menjadikan majlis itu sebagai satu sesi pertemuan dan taklimat untuk memberikan kata-kata semangat kepada pemain-pemain Kelantan.

Kredit: Goal

Beliau sendiri berharap dengan terlunasnya tunggakan gaji pemain, ia akan dapat menjadi suntikan moral kepada pemain yang akan berhadapan dengan PKNS pada Rabu.

Kelantan secara matematiknya masih terancam dengan zon penyingkiran. Mereka kini hanya 1 mata di atas zon penyingkiran. Jadi, kemenangan ke atas PKNS sangat penting untuk pasukan The Red Warriors itu.

Beliau juga memberitahu yang KAFA sudah menyelesaikan gaji pemain-pemain Piala Presiden pada Selasa lalu. Bibi Ramjani meminta peminat Kelantan untuk datang beramai-ramai ke stadium menyokong pasukan TRW.

Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran KAFA, beliau banyak berbincang dengan jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail tentang banyak isu.

Tempoh hari, beliau juga meluangkan masa duduk semeja dengan TMJ untuk membincangkan beberapa isu bola sepak.

Sumber

MStar Online – http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/09/23/gaji-trw/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN