Bibi Ramjani Minta Penaja Tunaikan Janji, KAFA Mahu Bayar Tunggakan Gaji!

Bibi Ramjani ternyata pro-aktif di dalam isu pembayaran gaji. Beliau mengesahkan yang KAFA sudah membayar gaji pemain skuad utama dan skuad presiden mereka.

Tunggakan gaji staf kejurulatihan juga sudah diselesaikan sebelum ini menggunakan baki wang tajaan yang ada pada akaun KAFA.

Namun begitu, beliau menyeru agar beberapa penaja lagi untuk membayar tajaan mereka seperti yang dijanjikan.

Ini kerana beliau mahu menyelesaikan gaji 2 bekas pemain Kelantan yang masih tertunggak. Ianya dipercayai melibatkan Jonathan McKain dan Erwin Carillo.

McKain sudah menaikkan isu ini ke FIFA sebelum ini. Bibi Ramjani tidak mahu perkara itu menghantui mereka pada masa akan datang.

Ditanya tentang lesen kelab untuk Liga Super, beliau yakin akan dapat memenuhi syarat itu menjelang tarikh akhir yang diberikan FMLLP.

Dipetik daripada sumber Mstar Online, beliau memberitahu cuma masih ada 5% lagi perkara yang perlu dilengkapkan dan ianya adalah berkaitan dengan gaji 2 bekas pemain tersebut.

Sebelum ini, FMLLP sudah memberikan amaran kepada mana-mana pasukan yang gagal mendapat lesen kelab untuk Liga Super, mereka dilarang untuk bersaing di liga tertinggi di Malaysia itu.

Sarawak antara pasukan yang dijangka akan disingkirkan daripada Liga Super musim hadapan sekiranya gagal untuk memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan FMLLP.

KAFA memandang serius isu beban hutang dan tunggakan gaji pemain. Ini kerana, musim ini mereka dipotong 6 mata kerana masalah tersebut.

Tetapi selepas itu mereka dikembalikan semula 3 mata. Itu yang memberikan impak kepada mereka pada akhir musim yang membuatkan mereka berada di zon penyingkiran sebelum perlawanan terakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN