Bibi Ramjani Minta Kaji Punca Kemerosotan Pasukan Kelantan

Selepas 3 perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2018, pasukan Kelantan masih gagal mencatat sebarang kemenangan dan terbaharu mereka tewas 0-3 kepada Pahang pada pertemuan ‘derby’ pantai timur di Stadium Darul Makmur kelmarin.

Susulan kekalahan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Illias Khas mahu barisan kejurulatihan skuad The Red Warriors kaji punca sebenar kemerosotan pasukan Kelantan dalam 3 perlawanan awal ini.

“Apa yang perlu kita kaji sekarang, faktor jurulatih atau faktor pemain, yang penting kita perlu menilai dan mencari jalan terbaik untuk pasukan kita.

“Semua yang menyokong bukan sahaja mahukan kemenangan tetapi sebuah perjuangan sebenar. Permulaan yang hampa tidak akan berakhir dengan kehampaan selagi mereka semua sedar erti sebuah perjuangan, InsyaAllah,” katanya melalui laman facebooknya.

Sementara itu, pengurus pasukan, Mohd Yahya Jamada Ali berkata kepada Sinar Harian, pihaknya akan melakukan ‘post-mortem’ untuk menyiasat punca prestasi pasukan Kelantan gagal mencatat kemenangan selepas 3 perlawanan Liga.

“Saya akan duduk berbincang dengan ketua jurulatih (Sathit Bensoh) sehari dua lagi untuk tengok semula apa kelemahan pasukan. Kita perlu buat sesuatu dalam tempoh rehat dua minggu ini.

“Kita kena akui dalam liga, yang diperlukan adalah mata tak kiralah penilaian orang nak kata sesebuah pasukan itu bermain buruk atau sebaliknya,” katanya.

Kesebelasan utama Kelantan ketika menentang Pahang di Stadium Darul Makmur. FOTO: PAHANG FA

Kekalahan kepada Pahang sabtu lepas menyaksikan Kelantan kini menghuni di tangga ke-10 dengan hanya mengutip satu mata dalam saingan Liga Super 2018.

“Bila ketinggalan 0-1, memang kita tak boleh bangkit lagi dah hingga minit-minit akhir. Segala percaturan Sathit tidak menjadi, kita masukkan Mohd Norfarhan (Muhammad) dan Nik Akif Syahiran (Nik Mat) tapi nampak sukar bendung kemaraan pemain lawan.

“Kita tak boleh jadikan ketiadaan Gomis (Morgaro) sebagai alasan. Memang kita bawa dia ke Kuantan tetapi doktor pasukan menilai tahap kecederaan tidak melayakkannya untuk bermain,” katanya.

“Kita perlu ada dua penyerang di depan kalau tidak, kita tak akan jumpa pintu gol. Kita seolah-olah tidak ada jawapan untuk mengatasi masalah itu, ketika ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN