Presiden baru KAFA, Bibi Ramjani kecewa apabila mendapat tahu ada konspirasi yang mahu mensabotaj pengurusan beliau.
KAFA sedang berusaha keras dalam memenuhi piawaian yang dikehendaki FMLLP untuk mendapatkan lesen kelab.
Ini untuk membolehkan pasukan tersebut layak bertanding di Liga Super musim hadapan. Jadi kini, tinggal pemain di atas padang sahaja yang perlu melakukan tugasan mereka.
Ketika Bibi Ramjani dan staf-staf beliau memerah keringat menyelesaikan banyak perkara termasuk isu gaji, beliau terkejut dengan berita beberapa pemain dan seorang ‘Datuk’ berkomplot untuk mengatur perlawanan.
Dipetik daripada sumber Berita Harian, Bibi Ramjani berkata:
“Memang ada agenda (luar) yang tengah berlaku… Kita akan cuba dapatkan bukti mengenai hal ini. Semoga kita (semua) bersatu dan kuasa Allah dapat mengatasi segalanya.”
Sumber yang sama juga menyebut, 5 pemain yang tidak bertanggungjawab yang didalangi ‘Datuk’ ini membuatkan Kelantan tewas dalam perlawanan menentang Melaka dalam perlawanan terakhir liga Super hujung bulan ini.
Mereka dikesan bertemu di sebuah hotel. Jika Kelantan tewas dalam perlawanan itu nanti, mereka akan tersingkir ke Liga Premier.
Sedangkan pihak KAFA sudah cuba sebaik mungkin mahu menyelamatkan pasukan Kelantan daripada tersingkir.
Bibi Ramjani difahamkan yang individu berkenaan cuba menyogok beberapa pemain yang terbabit untuk mengatur keputusan perlawanan.
“Kita mengesan terdapat perjumpaan lima pemain dengan individu berkenaan, semalam. Individu berkenaan turut menawarkan habuan kepada pemain terbabit.”
Sumber
BH Online – https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/10/336113/bibi-dedah-konspirasi-pemain-datuk