Bibi Ramjani Iklankan Rekrut Pemain Di Facebook, Nik Shahrul Pindah, Aladein Sertai Kelantan

Semalam Presiden Kelantan, Bibi Ramjani Illias Khan telah mengalu-alukan mana-mana pemain yang mahu beraksi dengan Kelantan FA dalam satu notis iklan ringkas di facebook beliau.

Beliau meletakkan syarat yang pemain itu haruslah jujur, ikhlas dan setia kepada pasukan Negeri Kelantan. Ini kerana pasukan Kelantan adalah pasukan yang serba kekurangan. Namun beliau percaya dengan kecekalan dan kesungguhan mereka akan mampu untuk mencapai kejayaan.

Sebelum ini Kelantan telah menyingkirkan beberapa pemain mereka kerana rombakan pasukan. Beberapa pemain tiada dalam perancangan jurulatih Fajr Ibrahim. Ia juga dianggap sebagai satu langkah penjimatan pasukan Kelantan.

Kelantan beraksi dengan majoriti tenaga muda mereka dalam beberapa perlawanan terakhir. Bibi Ramjani turut mengalu-alukan mana-mana ejen pemain untuk menghantar cv dan rakaman video pemain untuk menjalani sesi pemilihan (trial).

Penginapan dan pengangkutan disediakan untuk sesi trial.

Tidak lama selepas itu, Bibi Ramjani mengucapkan terima kasih kepada Nik Shahrul Azim yang dilepaskan untuk bersama Pasukan PKNS FC. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan PKNS FC.

Masa depan Nik Shahrul Azim memang hangat dibincangkan sebelum ini. Dan kini segalanya sudah terjawab.

Selang sejam kemudian, Bibi Ramjani memuat naik wajah import baru pasukan Kelantan bernama Aladein.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN