Rusia 2018: Martial, Lacazette, Benzema, Bakayoko Tiada Dalam Senarai Perancis

Sudah pasti di antara kesemua pemain yang gagal, nama Martial paling menjadi perhatian. Antara nama besar yang tiada dalam senarai ialah:

Costil, Debuchy, Laporte, Kurzawa, Sakho, Zouma, Digne, Lenglet, Bakayoko, Rabiot, Gonalons, Coman, Ndombele, Sissoko, Aouar, Kondogbia, Payet (cedera), Benzema, Martial, Lacazette, Ben Yedder, Gameiro, dan Gignac.

Martial muncul dalam 49 perlawanan musim ini dengan menjaringkan 11 gol dan 7 assist. Daripada angka itu, 20 daripadanya adalah sebagai pemain simpanan.

Sebelum ini Deschamps ada mencadangkan agar Martial lebih banyak bermain dalam pasukan utama. Tetapi bercakap kepada wartawan, beliau tidak menjadikan isu minit perlawanan sebagai alasan Martial disingkirkan.

Beliau menegaskan, ianya kerana pemain ini tidak efektif bermain dalam banyak peranan. Martial hanya pemain yang boleh bermain di satu posisi secara efektif dan beliau sudah ada pilihan lain lebih baik terutama sekali penyerang utama ataupun no.9.

Griezmann, Fekir dan Mbappe adalah pemain yang Deschamps rasa lebih baik daripada Martial untuk peranan tersebut jika pemain seperti Giroud cedera walaupun mereka bukan ‘target man’.

“Mereka bermain baik menentang Jerman tetapi bukan secara berpasukan. Itu hanyalah perlawanan persahabatan walaupun menentang Jerman. Tetapi mereka harus sedar mereka ada persaingan yang kuat.”

“Saya ada situasi di mana perlu memilih pemain sebagai pemain utama dan simpanan. Saya ada analisis lengkap berdasarkan beberapa aspek permainan mereka dan di mana posisi mereka boleh bermain dalam skuad Piala Dunia kami.”

“Saya mempertimbangkan pemain seperti Giroud, Mbappe, Griezmann, dan Fekir untuk peranan penyerang utama walaupun mereka bermain posisi utama yang lain.”

Menurut Deschamps lagi, jika beliau membawa masuk Martial akan berlaku longgokan pemain sayap dan Martial pula tidak mampu bermain posisi lain dengan lebih baik.

“Cuba lihat apa yang Mbappe lakukan ketika bermain peranan itu menentang Rusia sebelum ini. Saya rasa tak perlu melonggokkan terlalu ramai pemain yang sama pada satu pasukan.”

https://twitter.com/hussain_al_ali/status/997219763658076165

Pemain seperti Thomas Lemar boleh bermain sebagai pemain sayap, no.10 dan juga no.8. Florian Thauvin, dan Steven N’Zonzi juga turut berada dalam skuad kali ini.

Untuk Karim Benzema skandal beliau sebelum ini mungkin mempengaruhi, tetapi di barisan serangan Perancis ada pemain seperti Griezmann dan Giroud yang sentiasa beraksi baik dalam jersi Perancis.

Ramai penyokong Perancis mahukan finalis UCL, Karim Benzema itu dipilih masuk ke dalam pasukan kali ini. Benzema turut tiada dalam senarai simpanan pasukan.

Rabiot dan Wissam Ben Yedder belum cukup memuaskan Didier Deschamps.

Manakala bintang Chelsea, Bakayoko terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tidak ada di dalam skuad pada kali ini. Ini selepas prestasi tak memuaskan musim ini. Begitu juga dengan Moussa Sissoko yang cemerlang ketika Euro lalu.

Dmitri Payet terpaksa disingkirkan kerana kecederaan dalam perlawanan final menentang Atletico. Bintang veteran, Pierre Gignac turut gagal melepasi pemilihan kali ini.

Benjamin Mendy turut disenarai di dalam pasukan sebaik sahaja kembali cergas.

Bintang Arsenal, Alexander Lacazette juga gagal terpilih kali ini. Beliau agak bergelut musim ini namun pada beberapa bulan terakhir musim ini, beliau kembali cemerlang sebagai penyerang.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Namun beberapa pemain seperti Martial yang berada dalam senarai menunggu masih ada peluang untuk dipilih sekiranya ada beberapa pemain terpaksa disingkirkan pada saat akhir, biasanya kerana masalah kecederaan termasuk kecederaan di pusat latihan.

Ini adalah senarai pemain yang terpilih buat masa ini:

Penjaga gol: Hugo Lloris (Tottenham Hotspur/England), Steve Mandanda (Marseille), Alphonse Areola (Paris Saint-Germain);

Pertahanan: Djibril Sidibe (Monaco), Benjamin Pavard (Stuttgart/Germany), Samuel Umtiti (Barcelona/Spain), Raphael Varane (Real Madrid/Spain), Presnel Kimpembe (Paris Saint-Germain), Adil Rami (Marseille), Benjamin Mendy (Manchester City/England), Lucas Hernandez (Atletico Madrid/Spain);

Tengah: Paul Pogba (Manchester United/England), Corentin Tolisso (Bayern Munich/Germany), Blaise Matuidi (Juventus/Italy), Ngolo Kante (Chelsea/England), Steven Nzonzi (Sevilla/Spain);

Penyerang: Antoine Griezmann (Atletico Madrid/Spain), Olivier Giroud (Chelsea/England), Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain), Ousmane Dembele (Barcelona/Spain), Florian Thauvin (Marseille), Nabil Fekir (Lyon), Thomas Lemar (Monaco)

Senarai menunggu: Wissam Ben Yedder (Sevilla/Spain), Kingsley Coman (Bayern Munich/Germany), Benoit Costil (Bordeaux), Mathieu Debuchy (Saint-Etienne), Lucas Digne (Barcelona/Spain), Alexandre Lacazette (Arsenal/England), Anthony Martial (Manchester United/England), Adrien Rabiot (Paris Saint-Germain), Mamadou Sakho (Crystal Palace/England), Moussa Sissoko (Tottenham Hotspur/England), Kurt Zouma (Chelsea/England).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN