Bibi Ramjani Dedah KAFA Disabotaj, Dan Mahu ‘Hadiahkan’ Tasbih Kepada Penyokong Biadap

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Illias Khan mendedahkan ada beberapa pihak cuba menjatuhkan KAFA supaya pasukan bola sepak Kelantan terumbang ambing.

Beliau berkata, ada beberapa individu yang mahu menunjukkan bukti kepada beliau akan hal ini. Bibi Ramjani berkata:

“Sebenarnya bola sepak Kelantan dijatuhkan oleh orang-orang yang tidak mahu melihat KAFA dipulihkan.”

“Ramai pemain disingkirkan disebabkan oleh campur tangan pihak luar yang hanya mahu lihat kami hancur.”

“(Orang) itu bukan orang lain, saya tidak mahu menuduh tetapi saya banyak menerima kiriman WhatsApp dari beberapa individu yang rela datang jumpa dan tunjukkan kepada saya apa yang sedang berlaku di sebalik semua ini.”

Bibi Ramjani terkilan dengan serangan netizen ke atas beliau. Dalam satu komen balas beliau, Bibi Ramjani berkata:

“Sebenarnya siapa presiden yang semua (penyokong) mahukan? Setakat ini ramai yang sudah jadi histeria dengan pelbagai kata-kata hina.”

“Presiden mana yang sanggup keluarkan tidak kurang RM5 juta selama lapan bulan demi pasukan bola sepak? Saya juga membayar hutang dengan menyelesaikan baki kontrak pemain dengan harapan tiada isu berbangkit.”

Sumber: Berita Harian

“(Namun) siapa yang menyokong saya dari segi kewangan (itu)? Bagi tajaan yang ada, ia dibayar melalui ejen yang tidak sampai ke KAFA sepenuhnya.”

“(Penjelasan) ini adalah untuk siapa yang minta saya letak jawatan itu (atau) ada calon yang sesuai yang mana hutang pun kini sudah berkurangan.”

Hari ini, beliau juga mengesahkan KAFA dalam proses untuk menamatkan khidmat 2 lagi pemain import mereka untuk membolehkan mereka mendaftarkan pemain import baru.”

“Inshaa Allah, semoga MFL memberi pertimbangan untuk penamatan 2 lgi kontrak import secara persetujuan bersama, dan kemasukan import baru.”

“Hebat sekali pun pasukan andai hutang tidak dibayar terutama kes FIFA, bermakna liga perdana lebih menunggu dari kedudukan sekarang.”

“Semoga Allah murahkan rezeki kami untuk bantu KAFA. Kami bukan org politik tetapi takdir kami berada dikalangan mereka yg 90 peratus menyokong hanya 10 peratus dari planet yang saya akan hadiahkan tasbih untuk berzikir dari menaip ayat yang memakan diri dan keluarga satu hari nanti”

“Catatan nama nama admin boleh ambil no.telefon untuk diberikan tasbih yang banyak komen negatif, sila tinggalkan no telefon untuk diberikan hadiah tasbih, Inshaa Allah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN