Biarpun Dihujani Kritikan Sepanjang Piala AFF, Keraian Ezra Walian Tak ‘Over’ Macam De Paula

Ezra Walian Guilherme de Paula rai gol

Gaya penyerang Indonesia, Ezra Walian meraikan jaringan golnya dilihat tidak menyakiti hati sesiapa walaupun sepanjang saingan Piala AFF kali ini, beliau dikritik atas prestasi hambarnya tidak seperti Guilherme de Paula.

Pemain kacukan Indonesia-Belanda, Ezra Walian sebelum ini dihujani kritikan penyokong Garuda atas prestasi kurang baik dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 dengan kemuncaknya ketika di aksi separuh akhir pertama.

Namun, sebentar tadi, penyerang tinggi lampai itu berhasil mencetak gol keduanya dalam saingan Piala AFF apabila meledak jaringan pembukaan buat Indonesia di minit ke-11 selepas menerima hantaran rendah Witan Sulaeman ke depan gawang selepas berjaya mengatasi Safuwan Baharudin yang cuba menghalangnya.

Gol pertamanya adalah ketika Indonesia menundukkan Laos dengan keputusan 5-1 di peringkat kumpulan.

Namun, boleh dikatakan Ezra Walian gagal menunjukkan impak sebagai penyerang sepanjang kejohanan ini. Malah dalam aksi separuh akhir pertama berdepan Singapura tempohari, Ezra Walian cuma sempat beraksi selama 34 minit selepas beliau dimasukkan di permulaan babak kedua menggantikan Dedik Setiawan.

Indonesia tampak kehilangan sentuhan di jentera depan sepanjang beliau dimasukkan di babak kedua, malah Singapura berhasil mencipta jaringan penyamaan di minit ke-70 menerusi ledakan kaki kanan Ikhsan Fandi.

Tidak dapat dipastikan sama ada ia percaturan taktikal pengendali, Shin Tae-yong atau beliau tidak berpuas hati dengan prestasi penyerang itu. Malah, daripada empat penyerang yang dibawanya, hanya Ezra Walian yang berhasil melakar jaringan. Kushedya Hari Yudo, Dedik Setiawan dan Hanis Saghara masih tiada jaringan gol.

https://twitter.com/tayanamiannn/status/1474725613818691586

Sebelum ini Shin Tae-yong telah meminta para penyokong untuk terus berada di belakang pasukan kerana majoriti pemain masih muda. Ujarnya, “Saya pohon, jika kita kalah sekalipun, teruskanlah sokongan anda.”

Kesabaran Shin Tae-yong dengan masih meletak kepercayaan kepada penyerang berusia 24 tahun itu dalam pertembungan kedua malam ini membuahkan hasil apabila beliau berjaya meledak gol pendahuluan Garuda.

Berbanding cara keraian penyerang naturalisasi skuad negara, Guilherme de Paula ketika saingan kelayakan Piala Dunia pada Jun lalu, jelas keraian Ezra Walian lebih profesional dan langsung tidak mengikut emosinya. Beliau tampak hanya meraikannya bersama rakan sepasukan dan dilihat mencium tatu di tangannya.

Begitupun, beliau hanya sempat beraksi hampir sejam sebelum digantikan Hanis Saghara selepas itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN