‘Biarlah Rahsia’ – Sri Pahang Sahkan Tiada Kemaskini, Hebahan Aksi Berdepan Jagoan K-League

Siti Nurhaliza Sri Pahang Biarlah Rahsia 2023

Saat semua tertanya-tanya keputusan aksi pemanas badan Sri Pahang menentang FC Seoul di Bangkok, pasukan mengumumkan tiada hebahan atau ‘biarlah rahsia’ untuk semua aksi jelajah pramusim di Thailand.

Sri Pahang berada di Bangkok ketika ini untuk jelajah pramusim dan dijadualkan menentang tiga kelab dari K-League iaitu FC Seoul, Daegu FC (divisyen satu) serta sebuah kelab daripada divisyen dua, FC Anyang.

Tentunya ia dianggap satu persediaan yang baik apabila bertemu dengan jagoan-jagoan K-League sebelum saingan Liga Malaysia 2023 bermula.

Pada 23 Januari, semua penyokong Tok Gajah ternanti-nanti keputusan aksi persahabatan menentang FC Seoul, namun tiada sebarang kemaskini didapati di laman rasmi Sri Pahang. Ia telah menimbulkan tanda tanya.

Pelbagai spekulasi telah timbul antaranya mungkin Sri Pahang kecundang.

Namun, ia akhirnya dinoktahkan dengan perkhabaran tiada hebahan dan kemaskini mengenai aksi jelajah pramusim bertemu kelab K-League.

Ia terus merencat semangat sebilangan besar penyokong pasukan yang tentunya mahu mengikuti perkembangan persediaan pasukan di sana.

Begitupun, para penyokong masih dapat mengikuti rangkuman video-video harian aktiviti-aktiviti pasukan Sri Pahang yang dimuat naik setiap hari.

Menurut makluman tersebut, perlawanan pemanas badan menentang pasukan-pasukan tersebut hanyalah sesi latihan bersama ‘sparring’ dan diadakan secara tertutup atas permintaan kelab-kelab yang terlibat.

Nampaknya Sri Pahang cukup berahsia untuk persediaan musim ini selepas melantik Fandi Ahmad sebagai pengendali untuk kempen musim 2023.

Adakah Fandi tidak mahu rahsia ‘ramuannya’ dihidu pasukan-pasukan lain?

Setakat ini, hanya pengesahan yang mereka bakal menggunakan enam pemain import dihebahkan kepada umum. Mereka tidak melengkapkan kouta sembilan pemain import seperti yang dibenarkan operator liga.

Namun, mereka sebenarnya tidak menolak kemungkinan akan menambah jumlah pemain import berdasarkan keperluan pasukan di masa akan datang – mungkin di jendela pendaftaran pemain yang kedua selepas ini.

Musim ini menyaksikan Tok Gajah mengikat empat pemain import baharu iaitu Kpah Sherman, Lucas Silva, Stefano Brundo dan Michael Glassock. Dua pemain musim lalu juga dikekalkan oleh Sri Pahang iaitu Sherzod Fayziev bersama Kevin Ingresso untuk terus memperkukuhkan skuad.

Mengapa mereka bersembunyi di Bangkok? Mungkin ini yang terbaik buat pasukan. ‘Biarlah rahsia’ mungkin tema Sri Pahang untuk musim ini.

Kebetulannya, lagu Biarlah Rahsia pula didendangkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor tanah air yang merupakan kelahiran Pahang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN