Berubah Kepada Pemain Serangan, Revolusi Pratama Arhan Di Jepun Semakin Positif

Perkembangan salah seorang pemain bintang masa depan Indonesia, Pratama Arhan dilihat semakin positif bersama Tokyo Verdy yang beraksi dalam saingan J2 League ketika ini.

Pemain yang dominan di bahagian pertahanan kiri itu kini dikhabarkan bakal mengalami perubahan terbaharu buat dirinya untuk bertindak selaku pemain serangan pada masa akan datang.

Jelas Atshushiko Ejiri selaku Pengarah Teknikal Tokyo Verdy, beliau melihat Arhan mempunyai suatu kelebihan untuk beraksi di posisi sayap pada masa akan datang dan berjaya memberi impak ketika diberi peluang bermain.

Menurut Bola.com, Tokyo Verdy berjaya mencipta kejutan buat para penyokong Indonesia apabila pertama kali aksi pemain tersebut diturunkan pada awal bulan ini diletakkan pada posisi sayap kanan berbanding pertahanan kiri.

Jelas Ejiri, pada awal kemasukan pemain tersebut, mereka jelas mahu meletakkan Arhan selaku pertahanan kiri kelab setelah melihat aksinya konsisten sebelum itu.

Namun, segalanya berubah apabila Ejiri melihat potensi besar yang dimiliki Arhan lebih bagus selaku pemain sayap buat kelab tersebut.

“Saya sering melihat aksi latihan Arhan bersama rakan sepasukan sambil berbincang dengan staf kejurulatihan lain.

“Arhan memang direkrut oleh kelab pada asalnya untuk menampung posisi di pertahanan kiri sebelum kami mengubahnya,” jelas Ejiri.

Menurut Ejiri lagi, menerusi posisi baharu tersebit, Arhan dilihat mampu untuk mengeluarkan lagi potensi beliau di atas padang sekali gus menjadi aset buat kelab pada masa akan datang.

Perkara tersebut juga diakui sendiri oleh ketua pengendali kelab, Hiroshi Jofuku dan beliau akan memberi segalanya untuk memantapkan lagi Arhan di posisi baharunya kelak.

Dalam masa sama, Ejiri juga menegaskan kelab akan sentiasa berhati-hati untuk menentukan posisi terbaik Arhan pada masa akan datang. Fokus utama mereka adalah mahu mengeluarkan potensi penuh setiap pemain untuk menjadi lebih profesional.

“Ketika ini fokus kami untuk terus mengeluarkan potensi yang ada pada diri Arhan. Pemain ini sedang melalui saat perkembangan dirinya sendiri selaku pemain bola sepak muda.

“Kebolehan bermain selaku pertahanan kiri atau sayap kanan, segalanya sudah pun difikirkan oleh saya serta staf kejurulatihan lain,” tegas Ejiri.

Selain itu, Arhan sendiri menyambut baik usaha yang sedang dilakukan oleh staf kejurulatihan buat dirinya ketika ini.

Terang beliau, dirinya jelas bersedia untuk beraksi di mana-mana posisi yang dirasakan bersesuaian dengan kehendak kelab demi terus membantu pasukan.

“Pendapat saya, mana-mana posisi diletakkan oleh kejurulatihan pun tidak apa. Saya sendiri menyukainya,” jelas Arhan dengan positif.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN