Bertekak Dengan Penyokong, Lim Teong Kim Mohon Maaf

Perak

Kekalahan yang diterima oleh Perak semalam telah menambah satu lagi detik sukar bagi pasukan itu apabila dimalukan Sri Pahang di laman sendiri.

Kalah dengan jaringan 3-0, persembahan para pemain Perak turut ditambah dengan aksi kasar dengan satu lagi kad merah dilayangkan kepada mereka semalam.

Ia menjadikan Perak kini sudah meraih empat kad merah dalam lima perlawanan Liga Super.

Kekalahan yang berlaku di Ipoh semalam pastinya mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong dengan mereka kemudiannya menyerang Datuk Lim Teong Kim diatas prestasi hambar.

Tular satu video dimana Teong Kim bertikam lidah dengan penyokong Perak selepas perlawanan dengan jurulatih itu berkata, “awak jadilah coach.”

Liga Super: Sri Pahang Mudah Jinakkan Perak

Kenyataan itu jelas menjadi kemuncak pertikaman lidah jurulatih tersebut dengan penyokong dan ini membuktikan yang selain penyokong, Teong Kim juga berasa kecewa dengan keputusan yang diperoleh.

Akan tetapi, Teong Kim kemudiannya mengeluarkan permohonan maaf dalam satu video yang lain selepas hatinya mula reda.

“Minta maaf, kita hari ini kalah. Kita bukanlah nak kalah, kita nak menang tapi lihatlah sendiri apa yang terjadi,” kata Teong Kim dalam video tersebut.

Perlukan lebih masa

Tugas menjadi penyokong Perak sememangnya tidak mudah terutamanya pada musim ini kerana pastinya skuad Teong Kim akan berdepan beberapa lagi masa sukar diatas padang.

Skuad yang ada memerlukan lebih masa lagi sebelum boleh benar-benar mencabar pasukan-pasukan lain apatah lagi ingin mendakap piala.

Apa yang perlu mereka lakukan adalah bersabar kerana ini adalah ujian, masa senang pastinya akan tiba untuk Perak kelak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN