‘Bertangkalkan Seluar Dalam’ – Ritual Pelik Ken Ilso Yang Pernah Warnai Liga Malaysia

Saingan Liga Malaysia pernah menyaksikan deretan pemain import dari pelbagai benua. Di Kedah, nama Ken Ilso pasti masih segar di kalangan penyokong setia skuad Hijau Kuning.

Dibawa masuk dari kelab Singapura, Home United pada awal musim 2017 untuk menggantikan Shane Smeltz, Ken Ilso telah memberikan impak yang cukup besar buat Kedah.

Kehilangan Yang Pasti Dirasai Helang Merah, Ken Ilso Sah ‘Angkat Kaki’

Sentuhan berbisa Ken Ilso

24 gol daripada 28 penampilan dalam semua pertandingan menjadikan Ken Ilso sebagai salah seorang penyerang import yang digeruni di saingan Liga Malaysia.

Jumlah gol tersebut adalah satu pencapaian yang hebat daripada penyerang yang baru semusim beraksi di Liga Malaysia. Ianya juga melebihi sasaran yang diletakkannya pada awal musim 2017 lalu iaitu 20 gol.

Dilabelkan sebagai penyerang yang memiliki sentuhan berbisa, Ken Ilso juga adalah pemain yang gemarkan cabaran baharu. Sepanjang kariernya, sudah 8 pasukan yang telah disertainya termasuklah FC Midtjylland (Denmark) dan VfL Bochum (Jerman).

Sepanjang dua musim di Home United, dia telah menyumbang 36 gol daripada 52 penampilan. Walaupun gembira beraksi di Singapura, pemain yang digelar ‘King Ken’ itu akhirnya turut meninggalkan Home United untuk bersama Kedah.

Dia menyatakan antara sebab utama dirinya memilih untuk bersama Kedah adalah kerana ‘possession football’. Ken Ilso juga bijak mencari dan mencipta ruang untuk membolehkannya berada di posisi yang tepat untuk menjaringkan gol.

Apakah rahsia Ken Ilso sehingga begitu prolifik di hadapan gol?

Bertangkalkan seluar dalam

Sepertimana beberapa pemain dengan nama besar di seluruh dunia, Ken Ilso juga mempunyai ritual yang beliau percaya mampu memberikan impak kepada prestasi dirinya di dalam padang.

Jika ada pemain gemar menggunakan kasut but berlainan warna, atau mencabut rumput sebelum memasuki padang, Ilso pula percayakan seluar dalam yang dipakainya pada hari perlawanan.

Dalam erti kata lain, Ken Ilso percaya kepada tuah seluar dalam yang dipakai yang dipercayainya mampu memberi nasib yang baik kepada dirinya bagi menghadapi final Piala Malaysia 2017.

Bercakap kepada wartawan menjelang pentas akhir Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Shah Alam, pada 2017, Ken Ilso ketika ditemuramah Harian Metro pernah berkata:

“Tiada apa yang terlalu luar biasa mengenai ritual sebelum hari perlawanan namun saya akui saya akan menyarung seluar dalam yang sama pada setiap hari perlawanan. Saya sudah melakukannya sepanjang musim ini dan nyata ia memberi nasib yang baik kepada saya.

“Jadi, sudah pasti saya akan melakukan perkara sama apabila turun beraksi di perlawanan akhir Sabtu ini. Apapun, saya melihat ia bukanlah satu perlawanan yang mudah buat Kedah.

“Saya begitu mengimpikan beraksi di pentas final bersama Kedah buat kali ketiga dan gembira dapat kembali menyertai latihan berpasukan selepas sekadar menjalani latihan ringan di gimnasium sebelum ini.

“Apa yang penting buat masa ini adalah perlu bekerja keras untuk mendapatkan kembali kecergasan dan agar dapat bersedia sepenuhnya menjelang final itu,” Ujar Ilso kepada Harian Metro.

Power betul Ken Ilso yang berharap tuah seluar dalam untuk bergelar Raja Bola Sepak Malaysia. Malangnya di perlawanan akhir tersebut, Kedah tewas 0-2 kepada JDT.

Saat sukar Ken Ilso

Selepas meninggalkan Kedah, Ilso kembali ke saingan Liga Malaysia bersama pasukan Pulau Pinang pada musim berikutnya.

Namun jodoh pemain itu bersama skuad Harimau Kumbang tidak lama apabila masalah gaji dipercayai menjadi punca pemain itu angkat kaki walaupun baru beraksi separuh musim.

Ken Ilso Larsen digantung selama dua tahun oleh Federasi Bola Sepak Australia selepas beliau  disahkan positif ujian doping.

Bekas Penyerang Kedah Digantung Oleh A-League Kerana Positif Dadah

Pemain berusia 32 tahun itu telah dikesan mengambil bahan terlarang Benzoylecgonine (Kokain) ketika satu ujian yang dilakukan dua tahun lalu.

Ia merupakan saat antara saat sukar buat Ken sepanjang kariernya, dan pemain itu mengambil keputusan meninggalkan bola sepak sebagai pemain sejak kejadian itu.

Hari ini Ken Islo tampil sebagai pengulas dan penganalisis bola sepak di sebuah syarikat televisyen di negaranya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN