3 Jenis Corak Bertahan Ketika Sepakan Penjuru Dan 5 Tips Tambahan

Bertahan ketika sepakan penjuru sangat mustahak untuk mengelakkan dibolosi secara terus ataupun kerana susulan.

Kami tampilkan 3 jenis taktikal bertahan ketika sepakan penjuru dan juga 5 tips untuknya.

1. Zonal marking

Ini adalah corak bertahan moden. Pemain akan berada di zon-zon tertentu yang dipanggil key area.

Zon yang menjadi tempat pemain lawan melakukan gol dengan mudah. Antara zon yang bisanya menjadi tumpuan adalah di hadapan tiang gol, dan garisan di hadapan penjaga gol (6 yard box).

Ia subjektif kepada jurulatih dan pasukan. Biasanya, pemain yang berfizikal besar akan diletakkan di dalam kotak 6 ela. Manakala pemain yang kecil akan diletakkan di hadapan tiang gol.

Sistem ini memerlukan pemain ada kemampuan untuk mempertahan zon mereka ketika diserang oleh pemain lawan.

2. Kawalan ketat pemain (tight man marking)

Ini adalah corak pertahanan yang lebih tradisional. Pemain diarahkan untuk mengawal pemain-pemain tertentu.

Ataupun ada jurulatih akan mengarahkan ‘ambil seorang pemain’ / pick-up seorang pemain.

Pertahanan biasanya berbadan besar, jadi jurulatih akan cuba mengguanakan kelebihan ini untuk duel secara langsung dengan pemain lawan.

Sistem ini akan ada kelebihan sekiranya pemain-pemain dalam pasukan ada kelebihan fizikal dan bijak dalam menggunakan kelebihan fizikal.

Pemain pertahanan harus tidak hilang fokus kepada pemain yang dikawal mereka.

3. Hibrid / mixed marking

Ini adalah gabungan sistem zonal marking dan tight man marking. Sistem ini lebih sistematik. Ini adalah lampiran daripada analisis Wales dalam Euro 2016.

Ada beberapa untuk pemain akan berada di kawasan bahaya dan beberapa pemain lagi akan mengenakan kawalan ketat secara individu kepada pemain lawan.

Namun jika tidak diatur dengan baik, ia akan memberikan kekeliruan kepada pemain.

Sistem ini juga boleh memberikan masalah kepada diri sendiri apabila pemain yang ditugaskan mengawal pemain terpaksa merempuh garisan zonal marking.

Berikut adalah antara 5 tips penting dalam bertahan ketika sepakan penjuru, tidak kira anda bermain dalam sistem yang mana satu.

1. Perlu ke berkawal di tiang gol?

Dalam penerangan zonal marking di atas, anda perlu bezakan berkawal di kawasan tiang gol dan juga mengawal tiang gol.

Ia dua benda berbeza. Lihat susunan di bawah ini. Pemain kecil berada di kawawan tiang gol.

Ini adalah contoh mengawal tiang gol.

Konsep seorang pemain berada di tiang gol adalah untuk membuatkan gawang gol lebih kecil. Biasanya pemain akan berada di far post.

Ianya terpulang kepada jurulatih untuk menggunakan kaedah ini. Namun ramai jurulatih moden sudah meninggalkan pendekatan ini.

2. Pastikan ada blocker

Blocker ataupun penghadang ini adalah pemain yang akan cuba menghadang sepakan penjuru. Mereka seperti benteng.

Ini juga membolehkan pihak lawan diberikan tekanan ketika mereka cuba melakukan hantaran sepakan penjuru pendek atau yang segera.

Blocker juga menjadi pemain penting untuk menghalang aktiviti hantaran bola rendah.

Selain itu, dengan adanya blocker, ia mendesak pengambil sepakan penjuru untuk melambungkan bola tinggi berbanding dengan hantaran sesedap rasa yang tidak terlalu tinggi.

3. Neutralkan sepakan penjuru pendek

Satu aspek yang penting adalah, cuba memberikan tekanan kepada sepakan penjuru pendek kepada pemain yang berdekatan dengan pengambil sepakan.

Ancaman daripada penerima bola pendek ini sangat bahaya.

Ini Kerana kedudukan mereka yang sedikit ke bawah untuk mencipta bola ala diagonal pass ke dalam kotak berbanding melakukan hantaran dari keadaan selari dengan tiang gol.

Pasukan yang bertahan perlu meneutralkan situasi ini segera.

4. Hanya sedikit pemain di atas

Jangan terlalu banyak pemain di kawasan tinggi dengan tujuan untuk menggerakkan serangan balas segera.

Aspek paling penting adalah bertahan terlebih dahulu. Sesebuah pasukan itu boleh meletakkan 2 pemain yang aktif mengggerakkan serangan balas.

Namun, jika anda yakin pasukan anda terlalu bagus berbanding pasukan lawan. Silakan!

5. Elakkan miss

Ini adalah yang paling penting ketika bertahan sepakan penjuru. Ancaman bola kedua jauh lebih bahaya daripada bola pertama.

Penjaga gol dan pertahanan perlu elakkan mereka terlepas bola. Prinsip sepakan penjuru adalah tewaskan pemain pertama (beat the first man).

Jadi, pemain pertama yang di kawasan bola sangat penting.

Rumusan

Sepakan penjuru bukanlah satu rutin yang tinggi kadarnya untu menghasilka ancaman gol secara langsung.

Kajian The Guardian baru-baru ini, ia hanya sekitar 3.2% sahaja. Namun anda memerlukan satu pelan berkesan untuk mengelakkan dibolosi secara terus ataupun bola kedua/susulan.

Jurulatih harus rajin menganalisis kemampuan pemain mereka dan juga bakal lawan mereka.

Baca juga: Analisis Taktikal Piala FA: Pahang Efektif Dengan Floating Attackers, JDT Gagal Mendapat Rentak!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN