Seputar: Wenger Letak Jawatan, Ronaldo Bakal Kembali Ke EPL, Kiatisuk Ganti David Usup

Pada hari ini, kami di Semuanya BOLA membawakan kepada anda rangkuman khas berita bola sepak yang dikumpulkan dari seluruh dunia sejak 24 jam yang lalu.

Terdapat beberapa tajuk utama yang kami kategorikan sebagai tidak masuk akal, tetapi masih menjadi “headline” di media sosial dan tabloid di eropah termasuk di Malaysia sendiri.

Kami rangkumkan 8 tajuk utama untuk bacaan anda di Semuanya BOLA.

1.Penyokong Kelab Leyton Orient Bantu Arsenal.

Tersebar di laman media sosial twitter, bahawa kumpulan penyokong Leyton Orient (kelab Football League Two) akan membantu Arsenal untuk melancarkann tabung kutipan dana.

Kutipan dana berkenaan adalah untuk membantu penyokong Arsenal menghasilkan banner bantahan terhadap pengurusan Arsenal.

Video yang diviralkan di laman twitter.

Video yang diviralkan tetapi dipadamkan kemudian, menuntut kumpulan penyokong Leyton Orient untuk menderma sebanyak £100 seorang untuk menghasilkan 500 buah banner.

Usaha ini kemungkinan ekoran semakin banyak bantahan di Emirates akan prestasi semasa Arsenal di dalam liga.

Adakah kita akan melihat lebih banyak banner #WengerOut selepas ini?

2.Arsene Wenger Letak Jawatan Selepas Pertengkaran Dengan Pemain.

Tabloid berbahasa Inggeris di London, The Express melaporkan berlaku pertengkaran di antara Arsene Wenger dengan beberapa pemain senior menjelang pertemuan menentang Manchester City minggu ini.

Ini mendorong Arsene Wenger untuk menyerahkan surat perletakan jawatan kepada lembaga pengarah The Gunners.

Laporan The Express mengatakan bahawa Arsene Wenger meletak jawatan.

Perbalahan dipercayai  ada kaitan dengan kontrak melibatkan bintang Arsenal dari Chile, Alexis Sanchez.

Keberadaan Arsene Wenger yang sudah bersama Arsenal selama 20 tahun untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Man City masih menjadi tanda tanya ekoran laporan ini.

Apa pendapat penyokong Arsenal? Suka atau tidak?

3.Arsene Wenger Jurulatih Baharu Skuad Bafana-Bafana.

Laporan tabloid The Express nyata tidak dipandang sipi di Afrika Selatan.

Laporan Goal.com menyatakan Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan (SAFA) sedang mengejar tanda tangan pengendali berbangsa Perancis itu.

Arsene Wenger akan ketuai Afrika Selatan di Piala Dunia 2018?

Wakil SAFA, Dr. Danny Jordaan dikatakan serius supaya Arsene Wenger dilantik mengemudi skuad Afrika Selatan sejajar dengan visi 2022 SAFA untuk layak ke separuh akhir Piala Dunia 2022.

Khabar angin perlantikan Wenger menyebabkan syarikat judi meletakkan pasukan Afrika Selatan mengakhiri kempen Piala Dunia 2022 di tangga keempat sebagai kemungkinan pada 2-1.

4. Pizza Hut Taja “Three Lions” £24 juta.

Laporan The Sun mengatakan Pizza Hut akan menjadi penaja rasmi skuad England sejurus selepas Piala Dunia 2018 dengan nilai tajaan £24 juta.

Pizza Hut dikatakan akan mengambil alih hak penajaan skuad England daripada Vauxhall yang merupakan penaja rasmi sejak 2011.

Pizza Hut taja England?

Ironinya, Pizza Hut adalah syarikat yang mempersendakan pengendali England sekarang, Gareth Southgate ketika Euro 96 di Wembley.

Wajarkah yarikat makanan segera dijadikan sebagai penaja skuad kebangsaan “The Three Lions”?

5. Penerima Anugerah Ballon d’Or ke EPL.

Cristiano Ronaldo sering dikaitkan dengan berita perpindahan kembali ke Man United.

Semalam tabloid Daily Star menulis sesuatu yang mengejutkan peminat Ronaldo dan pengikut Liga Perdana Inggeris.

Untuk empat perlawanan terakhir liga, ideanya ialah untuk meminjamkan seorang pemain dalam senarai 20 Ballon d’Or kepada setiap pasukan Liga Perdana Inggeris.

Ini adalah untuk menjadikan saingan di Liga Perdana Inggeris lebih berdaya saing, sesuai sebagai liga paling kompetitif di dunia.

Cristiano Ronaldo kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Pemain akan diletakkan berasaskan kedudukan liga. Ini bermakna, Cristiano Ronaldo akan menyarung jersi Sunderland manakala Lionel Messi akan ke Middlesbrough.

Starsport melaporkan para pemain sudah mendapat nombor skuad masing-masing.

6. Jose Mourinho, Peminat No.1 Paul Pogba.

Paul Labile Pogba telah melengkapkan perpindahan rekod dunia £100 juta dari Juventus ke Manchester United sebelum musim 2016-17.

Bagaimanapun, aksi Paul Pogba bersama United sering dikecam kerana tidak menggambarkan nilai perpindahan yang mahal.

Daily Star dalam artikelnya semalam mengatakan bahawa Jose Mourinho tetap mempertahankan aksi pemain tengah dari Perancis itu.

Tattoo #pogback di belakang Jose Mourinho.

Tidak dapat dinafikan bahawa Jose Mourinho adalah peminat No.1 Paul Pogba apabila turut mendapatkan tatoo dengan tulisan #pogback di belakang beliau.

Peminat nombor satu Paul Pogba atau sekadar gimik pemasaran jenama Pogba?

7. Jersi Baru ala-Jerman Skuad England.

Pasukan kebangsaan England sering dicemuh kerana kegagalan mereka di kejohanan antarabangsa.

Walaupun sering beraksi cemerlang di peringkat kelayakkan, pasukan The Three Lions sering hilang taring apabila beraksi di pentas antarabangsa.

Sejak menjulang Piala Dunia 1966, England tidak pernah mengecap sebarang kejuaraan. Paling hampir ialah apabila mereka melayakkan diri ke separuh akhir Euro 1996 apabila menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

Jersi pasti menang skuad England.

Timbul di media sosial twitter bahawa England akan melancarkan jersi pasti menang bercorak ala- Jerman ini.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah bola sepak dunia, jersi dipersalahkan atas kegagalan aksi di atas padang.

8. Kiatisuk Senamuang Ketua Jurulatih Baharu Sarawak FA.

Prestasi pasukan Sarawak FA di kancah Liga Super Malaysia sering mendapat perhatian daripada penyokongnya.

Buat masa ini, David Usop masih lagi pengendali skuad Bujang Senang. Pernah timbul desas desus mengatakan bahawa Azrai Khor Abdullah akan mengambil alih peranan David Usop setelah beliau keihatan berada di Kuching.

Namun khabar angin ini pantas dinafikan oleh Azrai Khor yang menjelaskan kehadiran beliau ke Kuching hanyalah atas kapasiti peribadi menghadiri seminar.

Kiatisuk Senamuang dikatakan akan dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad Bujang Senang.

Di laman facebook Shoot Sampei Besak Net Tiang Gol Ya semalam memuatnaik tajuk bekas pengendali skuad kebangsaan Thailand itu akan menyertai Sarawak FA.

Benarkah bekas pengendali Thailand dengan jolokan “Zico” itu akan menjadi jurulatih Sarawak atau sekadar berkunjung untuk mendapatkan terubuk masin yang terkenal di Kuching?

April Fool.

Kami di Semuanya BOLA mengesahkan bahawa kesemua berita di atas adalah palsu. Saban tahun menjelang 1hb April, pasti akan keluar berita yang tidak benar.

Di UK 1 April mereka lambat sedikit.

Berita di atas adalah sekadar jenaka “April Fool“. Kami ingin menasihatkan agar pembaca kami sering menyemak sumber dan berita yang dibaca agar tidak terperdaya.

Ini kerana kami sendiri sudah kerap kali tertipu dengan berita sebegini.

Teruskan setia bersama kami untuk rangkuman berita dan artikel bola sepak yang terbaru. Kami di Semuanya BOLA mengucapkan selamat berhujung minggu kepada semua pembaca kami.

Baca juga: Pahang Mungkin Didenda FMLLP Kerana Tak Amalkan Semangat Kesukanan Terhadap JDT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN