Bertahan dalam bola sepak adalah proses untuk mengelakkan pasukan anda melepaskan gol kepada pihak lawan. Semua pemain di dalam padang akan terlibat di dalam pertahanan.
Pasukan anda sedang dalam keadaan bertahan ketika sahaja pasukan anda hilang bola ataupun dalam keadaan bola di kaki pihak lawan.
Anda harus baca juga artikel kami yang bertajuk, Teori Taktikal: 6 Prinsip Asas Ketika Menyerang Dalam Bola Sepak
Berikut adalah 6 prinsip asas bertahandalam bola sepak.
1. Menekan
Pada momen pasukan anda hilang bola, proses menekan (pressing / pressure) akan bermula. Menekan pihak lawan ini dilakukan sama ada secara unit (pressing) ataupun secara individu (pressuring).
2. Melengahkan
Melengahkan gerakan lawan ini sangat penting terutama sekali pada fasa diserang balas dalam keadaan pasukan yang bertahan dalam keadaan ‘numerical disadvantange’.
Pemain harus dengan segera mengenakan tekanan tetapi elakkan daripada terlalu agresif (over-commit). Ini kerana ia akan meninggalkan ruang yang besar sekiranya bentesan itu gagal.
Fasa melengahkan ini adalah lebih kepada untuk memastikan unit pertahanan pasuakan kembali dibentuk (reshape & regroup).
3. ‘Covering’
Pada fasa pertahanan, aspek penting yang harus ada di dalam fikiran pemain adalah memberikan sokongan kepada rakan pertahanan ataupun cover.
Jika rakan anda terlepas pembawa bola tersebut, ada pemain akan mengenakan tekanan seterusnya.
Ada jurulatih memanggil ia sebagai ‘doubling’. Dalam sistem 2 banks of four misalnya. 4 pemain pertahanan di belakang akan memberikan ‘cover’ 4 pemain tengah di hadapan.
Perlindungan ini juga dipanggil memberikan sokongan dari belakang / ‘depth cover’. Kegagalan melakukan ‘covering’ ini akan membuatkan struktur pertahanan pasukan anda rapuh.
4. Keseimbangan/kestabilan
Ketika pemain lain melakukan tekanan ataupun aksi defensif (contohnya membentes, memintas), pemain lain yang berada jauh daripada bola perlu sentiasa mengisi posisi atau ruang tertentu untuk memastikan struktur pertahanan seimbang.
Lihat contoh di bawah ini, pemain sentiasa bergerak mengisi satu titik tertentu untuk memastikan kestabilan ketika bertahan.
5. Kompak
Kompak bermaksud padat. Jika dalam prinsip serangan, perlukan kelebaran, ketika bertahan ia terbalik, pasukan anda perlu padat di tengah.
Ini untuk memastikan pihak lawan tidak langsung terus akses ke kawasan berdekatan gol. Menolak pihak lawan ke sisi untuk memakasa mereka bermain hantaran tinggi.
Jika anda ada unit bek tengah yang kuat dan fizikal, pastinya pihak lawan tidak suka untuk bermain hantaran lintan.
6. Mengawal dan menahan
Ini adalah aspek yang merujuk kepada kemampuan sesebuah pasukan untuk mengawal kawasan pertahanan sama ada dengan sistem kawalan antara pemain ataupun sistem kawalan zonal.
Menahan asakan ini disebut restraint dalam istilah universalnya. Ia adalah fasa untuk mengentikan ancaman lawan. Anda akan biasa mendengar jurulatih berkata:
“Kita harus bermain secara terkawal (under control) ketika bertahan.”
Jadi, elakkan bentesan yang melulu kecuali anda benar-benar yakin dapat memenangi bola tersebut.
Rumusan
Ini adalah antara 6 asas dalam pertahanan. Jika 6 aspek ini tidak ditekankan ataupun tidak dilaksanakan sebaiknya, pasukan tersebut sedang dalam fasa lemah secara defensif.
Prinsip ini sangat asas di dalam bola sepak dan pastikan anda menyalin 6 nota ini di dalam poket anda jika anda adalah seorang jurulatih pasukan komuniti ataupun mahu membantu pasukan anda memahami konsep asas pertahanan.