‘Bernikah Dengan Gadis Iran’ – Legenda Belanda Clarence Seedorf Peluk Agama Islam

Clarence Seedorf Iran Islam

Siapa yang tidak kenal Clarence Seedorf, legenda bola sepak Belanda yang memegang rekod pemain pertama menjuarai Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama tiga kelab berbeza iaitu ketika beraksi untuk Ajax, Real Madrid dan AC Milan.

Kini berusia berusia 45 tahun, Seedorf telah mengumumkan di media sosial bahawa beliau telah memeluk agama Islam selepas berkahwin dengan seorang gadis dari Iran, Sophia Makramati.

Menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya, beliau mengakui teruja dengan keindahan Islam dan berterima kasih kepada pasangan baharunya yang banyak mengajar tentang agama ini.

“Terima kasih yang istimewa buat semua mesej yang baik-baik dalam meraikan penyertaan saya bersama keluarga Muslim,” ujar Seedorf.

“Saya amat gembira untuk menyertai semua saudara dan saudari Muslim saya di seluruh dunia, terutamanya Sophia saya yang tersayang, yang banyak mengajar saya secara mendalam tentang makna Islam.

Seedorf turut mengesahkan tidak akan mengubah namanya kerana ia sudah pun mempunyai maksud yang baik hasil pemberian bapanya.

“Saya tidak akan mengubah nama saya dan akan terus menggunakan nama yang ayah saya berikan, Clarence Seedorf! Saya kirimkan salam sayang buat semua insan di dunia ini.”

Dalam pada itu, Sophia turut melahirkan kesyukuran di atas pilihan suaminya dan berharap langkah Seedorf tersebut akan menjadi inspirasi buat seluruh dunia.

“Saya sangaat gembira dan berbangga dapat menjadi sebahagian daripada momen indah ini apabila suami kesayangan @clarenceseedorf menyertai keluarga Muslim,” tulis Sophia di akaun Instagram miliknya.

“Selamat datang dan harap kamu akan dirahmati dan menginspirasi seluruh dunia.”

Seedorf dianggap sebagai salah seorang pemain tengah terbaik di generasinya dan mengumpul 87 kaps bersama skuad kebangsaan Belanda.

Meskipun mempunyai karier yang luar biasa sebagai pemain, perjalanan Seedorf sebagai jurulatih pula adalah sebaliknya.

Beliau pernah diberi peluang untuk mengendalikan beberapa pasukan seperti AC Milan, Shenzen dan Deportivo La Coruna, namun semuanya gagal membuahkan hasil yang diharapkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN