Pemain Manchester City, Bernardo Silva berdepan dengan hukuman oleh FA Inggeris kerana ciapan Twitternya.
Sebelum ini, beliau dikritik secara terbuka kerana ciapan itu yang berbentuk gurauan berunsur warna kulit terhadap seorang rakan sepasukannya. Rakan sepasukannya yang dimaksudkan ialah Benjamin Mendy.
Menerima sokongan
Gurauan Silva terhadap Mendy ialah mengenai gula-gula coklat. Namun begitu ciapan itu telah dipadam oleh Silva.
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola telah memberikan sokongan kepada Silva dengan mempertahankan beliau. Malah, Mendy sendiri melahirkan sokongan kepada rakan sepasukannya itu.
Ciapan itu telah mengundang kritikan organisasi Kick It Out. Menurut organisasi itu, stereotaip berdasarkan bangsa (dan warna kulit) tidak diterima sebagai gurauan.
FA England menyatakan mereka sudah menerima surat rasmi daripada Bernardo Silva menyatakan beliau menyesali perbuatannya itu.
Semalam ESPN melaporkan, FA mendapati Bernardo Silva telah melakukan kesalahan peraturan E3(1) dan E3(2), yang berkaitan dengan penghinaan dan juga perbuatan berbaur perkauman.
Bernardo Silva diberikan tempoh sehingga 9 Oktober ini untuk memberikan kenyataan di atas pertuduhan itu.
Bernardo Silva has been charged by the FA for a tweet he posted about teammate Benjamin Mendy. pic.twitter.com/f62eF4ZKlC
— ESPN FC (@ESPNFC) October 2, 2019
Sebelum ini, Pep Guardiola berpandangan Silva dan Mendy tidak wajar dihukum kerana satu gurauan sedangkan kedua-dua pemain itu sudah lama mengenali.
Silva dan Mendy pernah bersama dalam satu pasukan ketika mewakili AS Monaco sebelum menyertai Manchester City. Mereka merupakan kawan rapat.
Bernardo Silva telah menjadi nadi penting Manchester City sejak menyertai pasukan tersebut. Musim lalu, Bernardo Silva membantu City membolot treble domestik. Beliau juga membantu Portugal menjuarai Liga Negara-Negara Eropah.
Manchester City's Bernardo Silva has been charged with misconduct by the FA over a tweet he sent to team-mate Benjamin Mendy.
In full: https://t.co/jPSnImMtwi pic.twitter.com/2Rtns7IiAF
— BBC Sport (@BBCSport) October 2, 2019
Kehilangan Bernardo Silva pastinya meresahkan Pep Guardiola yang menganggap pemain itu sebagai pemain penting dalam skuad beliau.