Apa Yang Perlu Kita Buat Selepas Letih Bermain Bola Sepak?

Kita pasti akan berasa letih selepas penat beraksi ketika bermain bola sepak atau futsal, tidak kiralah ketika perlawanan kompetitif atau ketika mengisi aktiviti masa lapang bersama rakan-rakan.

Jika anda bermain bersama pasukan yang teratur, anda mungkin akan melalui sesi menyejukkan badan atau recovery bersama rakan sepasukan yang dipantau oleh jurulatih kecergasan.

Tapi bagaimana untuk pemain amatur seperti kita?

Artikel ini akan menerangkan kepada anda 3 cara untuk menyejukkan badan selepas penat beraksi.

Menyejukkan badan secara aktif

Pasti ada diantara anda yang biasa dengar dengan ayat ini, “lepas lari jangan terus duduk, jalan dulu.”

Sebenarnya itu adalah sebahagian daripada cara untuk menyejukkan badan secara aktif.

Menyejukkan badan secara aktif terdapat beberapa cara, dan ia memerlukan anda untuk bergerak seperti berjoging atau meregangkan badan selepas bermain.

Berikut adalah cara-cara menyejukkan badan secara aktif:

  • Joging perlahan selama 5 minit
  • Regangkan badan selama 5-10 minit
  • Latihan berlari dengan intesiti rendah
  • Latihan ringan menggunakan bola seperti menggelecek atau menimbang bola. Jangan merembat bola atau tendang bola terlalu kuat.
  • Larian santai selama 5-10 minit
  • Joging selama 2 minit berserta dengan beberapa siri regangan.

Sesi menyejukkan badan secara aktif ini juga boleh dilakukan dengan berenang di kolam renang, ataupun cuba berjalan di dalam kolam renang.

Selain itu, berbasikal juga digalakkan untuk proses penyejukkan badan.

Dalam masa yang sama, permakanan juga penting. Jika terasa amat letih, anda boleh makan makanan seperti buah-buahan atau pun bijirin selepas beraksi.

Apa yang pemain bola sepak selalu buat untuk sejukkan badan?

Lazimnya, pemain bola sepak profesional akan melakukan aktiviti merendamkan diri mereka di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan ketulan-ketulan ais.

Teknik ini adalah salah satu cara yang sesuai untuk menyejukkan badan dan dapat meredakan badan mereka selepas letih beraksi sama ada di selepas latihan atau selepas beraksi dalam perlawanan sebenar.

Namun begitu, ada juga pemain bola sepak yang tidak gemarkan sesi tab mandi berais ini.

Ia berkemungkinan kerana sesetengah pemain tidak gemar untuk terkena dengan kesejukan ketulan-ketulan ais yang banyak pada badan mereka.

Ada cara lain tak selain cara aktif?

Ada. Anda boleh melakukan sesi menyejukkan badan dengan cara yang pasif atau santai.

Cara tersebut adalah dengan tidur, hal ini kerana bada memerlukan tidur yang cukup daripada tidur.

Namun begitu, terdapat juga cara-cara lain yang boleh dilakukan seperti membaca buku, menonton televisyen atau pergi menonton wayang bersama teman-teman.

Ia boleh dikatakan sebagai aktiviti untuk merehatkan badan dan minda dari bola sepak seketika selepas penat berlatih di padang latihan serta beraksi di perlawanan-perlawanan penting.

Sumber:

  1. Soccer Training Info: The Importance of Recovery in Soccer; http://www.soccer-training-info.com/soccer_training_recovery.asp

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN