Berketurunan Raja, Jordi Amat Dianugerahkan Pangkat Pangeran Oleh Indonesia

Pangeran Jordi Amat

Pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat telah dikurniakan pangkat Pangeran oleh negaranya iaitu Indonesia.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara Indonesia, gelaran Pangeran diberikan kepada Amat atas faktor beliau sebenarnya berketurunan diraja Indonesia.

Amat dikatakan berketurunan dengan Raja M.D Kansil yang merupakan pemerintah kerajaan Riau di Sulawesi Utara.

Hasilnya, Amat kini dikenali secara rasmi sebagai YM Pangeran Jordi Amat.

Pemain pertahanan itu merupakan generasi ketiga kepada keturunan tersebut.

“Dengan ini menyampaikan dasar perhatian dan penghargaan terhadap Trah Keluarga Besar Raja & Sultan Nusatara Indonesia dalam hal ini perkumpulan Dewan Kerajaan Kesultanan Adat Nusantara menyambut dengan penghormatan kepada YM Pangeran Jordi Amat Maas, generasi ketiga dari Raja M.D Kansil, kerajaan Riau, Sulawesi Utara,” kata kenyataan itu.

Kenyataan yang dikongsi sendiri oleh Amat di Instagram beliau.

Pangeran Jordi Amat
Tangkap layar Instagram Story Amat yang menujukkan beliau dianugerahkan gelaran Pangeran oleh Indonesia. GAMBAR: @jordiamat5

Untuk rekod, gelaran Pangeran diberikan kepada seseorang yang menjadi putera raja kepada mana-mana kesultanan yang lebih kecil daripada satu-satu kesultanan.

Perkataan pangeran itu sendiri berakar umbi daripada bahasa Jawa Kuno iaitu ngher yang membawa maksud “melindungi”.

Jadi pangeran pula bermaksud “pelindung” dan ini dikaitkan dengan tugas sesebuah kesultanan untuk melindungi rakyatnya.

Amat baru saja menyertai JDT selepas menerima tarat kerakyatan Indonesia. Beliau mengisi kouta pemain import ASEAN bagi Harimau Selatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN