5 Pemain Handalan Yang Memasuki Tahun Terakhir Kontrak Mereka Hari Ini

Gavi 1 Julai

Bagi majoriti orang, 1 Julai adalah tanda yang tahun telah memasuki separuh masa kedua.

Tetapi dalam dunia bola sepak, 1 Julai menjadi tanda yang seseorang itu memasuki tahun terakhir dalam kontraknya.

Apabila seseorang pemain itu memasuki tahun terakhir, kelab pastinya sudah mula gusar dengan situasi ini.

Lazimnya, urusan sambung kontrak akan berjalan dengan rancaknya dan jika pemain itu memilih untuk pergi maka ini lah masa terbaik untuk kelab menjual sebelum terlambat.

Jika terlewat, maka kelab berpotensi untuk hilang sesebuah pemain dengan percuma apabila kontrak memasuki enam bulan.

Hari ini, ramai pemain yang sudah memasuki tahun terakhir dalam kontrak mereka malah ada diantaranya merupakan bintang handalan.

Jom saksikan lima pemain yang kini memasuki tahun terakhir kontrak mereka hari ini.

Mohamed Salah (Liverpool)

Bintang handalan Liverpool ini sudah lama terpalit dalam hal sambung kontraknya yang belum lagi selesai.

Liverpool dan Salah masih lagi mencari jalan untuk memastikan kontrak pemain itu disambung. Salah mengakui mahu kekal di Liverpool, namun masih belum jumpa angka yang sesuai kedua-dua pihak.

Jika Liverpool dan Salah gagal menemui jalan sepakat, maka The Reds berpotensi kehilangan seorang lagi trio Mane-Salah-Firmino.

Raheem Sterling (Manchester City)

Sterling dilihat sebagai pemain yang cukup berbahaya buat Manchester City.

Namun begitu, hari demi hari beliau semakin tidak diperlukan lagi di Etihad. Malah, terdapat banyak khabar angin yang beliau bakal dibawa pulang ke London.

Jika ada tawaran rasmi dari kelab London dan Sterling serius mahu kembali ke tempat asalnya, ini adalah masa yang terbaik untuk City menjualnya sebelum terlambat.

Lionel Messi (Paris Saint-Germain)

Pemain terbaik sepanjang zaman ini juga tidak terkecuali dari menyertai senarai ini.

Messi yang mengharungi perjalanan baharu bersama-sama PSG kini dijangka akan menamatkan kontraknya pada akhir musim depan.

Namun begitu ianya tertakluk kepada kehendak kelab dan juga kata akhir dari Kylian Mbappe sama ada mahu memberikan lanjutan kontrak kepada beliau atau tidak.

Serge Gnabry (Bayern Munich)

Serge Gnabry juga antara pemain yang memasuki tahun terakhir kontraknya pada hari ini.

Pemain Bayern Munich ini dikatakan berpotensi untuk kembali ke Premier League dengan bekas pasukannya iaitu Arsenal kini bersedia untuk membawa pemain itu pulang.

Namun adakah ini akan terjadi? Sama-sama kita nantikan.

Gavi (Barcelona)

Antara pemain muda yang menyinar disaat Barcelona sedang cuba bangkit dari kejatuhan, Gavi dilihat menyerlah bersama-sama pemain lain seperti Pedri.

Kini memasuki tahun akhir kontraknya, masih belum kelihatan bayang yang Barcelona mahu menyambung khidmat pemain muda itu.

Barang kali kerana isu kewangan yang menimpa mereka, ianya memungkinkan Gavi bakal dijual sekiranya terpaksa dilakukan sedemikian.

Namun begitu, Xavi dan Barcelona harus berfikir panjang sebelum membuat keputusan kerana Gavi adalah seorang prospek yang cukup hebat untuk dilepaskan ke pasukan lain.

Leave a Reply