‘Beri Potter Masa’ – Seperti Arteta Dan Arsenal, Guardiola Titip Nasihat Yang Sama Kepada Chelsea

Pep Guardiola, Graham Potter, Chelsea Manchester City
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Penyokong Arsenal kini sedang menikmati tempoh terbaik mereka apabila skuad kendalian Mikel Arteta kini sedang selesa mendahului persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan ianya hanya berlaku selepas lebih 10 tahun.

Namun mereka perlu berterima kasih kepada pengurus Manchester City, Pep Guardiola yang beberapa kali mengingatkan pengurusan dan penyokong The Gunners agar memberi masa kepada bekas pembantunya itu.

Lebih perit lagi, nasihat tersebut diberikan selepas Arsenal kalah teruk kepada City dan ia hanya terbukti dua tahun kemudian. Musim ini kelab London berkenaan berpotensi untuk menamatkan dominasi The Citizen dalam liga.

Kini nasihat yang sama dititip oleh bekas pengurus Barcelona itu kepada pemilik Chelsea, Todd Boehly agar memberi masa kepada Graham Potter yang sedang dalam tekanan, termasuklah dimalukan dengan kekalahan 4-0 kepada Manchester City.

Potter sendiri mengakui Chelsea kini sedang ‘menderita’ setelah tersingkir dalam kedua-dua kejohanan piala domestik dan bergelut di tangga pertengahan EPL.

“Saya kalau boleh nak sampaikan kepada Todd Boehly, berilah masa kepada dia [Potter]. Apa yang dia telah buat di Brighton adalah cukup menakjubkan. Semua pengurus perlukan masa,” ujar Giordiola.

“Kita semua perlukan masa setiap musim. Di Barcelona, saya tak perlukan sehingga dua musim. Satu musim mungkin sudah cukup sebab saya ada [Lionel] Messi.

“Untuk berdepan dengan City apabila kami sedang berada di tahap ini dalam Piala Carabao, ianya tidak mudah untuk Graham [Potter], untuk Chelsea dan untuk mana-mana pasukan sekalipun.”

Rekod Chelsea di bawah bimbingan Potter nampaknya jelas tidak begitu memberangsangkan. Daripada 18 perlawanan, The Blues hanya menang lapan kali sahaja.

Sekiranya Chelsea masih di bawah ‘pemerintahan’ Roman Abramovich yang kerap memecat pengurus, pastinya kedudukan Potter tidak akan selamat. Adalah pemilik baharu ini akan berpegang kepada prinsip ‘percaya kepada proses’?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN