Bergambar Dengan Jersi Terengganu, Forestieri ‘Tembak’ Siapa Tu?

Johor Darul Ta'zim

Kemenangan 4-1 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Kedah Darul Aman (KDA) semalam telah mengukuhkan lagi cengakaman Harimau Selatan ke atas Liga Super yang telah pun didakap.

Tambahan pula, kekalahan itu turut membuatkan KDA semakin jauh dengan kelompok atasan Liga Super dengan mereka kini menduduki tangga ketujuh liga.

Liga Super: 2 Gol Syafiq Ahmad Iring Kedah Pulang Hampa Ke Alor Setar

Kemenangan rutin yang dicatatkan JDT itu jelas sekali amat disenangi oleh pemain-pemain mereka termasuklah bintang import iaitu Fernando Forestieri.

Bagi Forestieri, beliau meraikan kejayaan membenam KDA dengan satu tahap yang lain apabila memuatnaik Instagram Story (IG Story) dengan pulang bersama-sama jersi Terengganu.

“Malam ini, saya dan rakan saya amat menikmati perlawanan ini,” kata Forestieri di IG Storynya.

Dalam IG Storynya itu, Forestieri bergambar sambil menunjukkan ibu jari sambil jersi Terengganu itu disarungkan pada kerusi penumpang keretanya.

Tapi kenapa jersi Terengganu?

Hal ini kerana, Forestieri sebenarnya dikatakan sedang ‘menembak’ tepat kepada Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KDA), Datuk Seri Sanusi Md Nor yang sebelum ini menzahirkan sokongannya kepada Terengganu pada aksi akhir Piala FA.

Ketika itu, Sanusi menyarung jersi Terengganu pada satu majlis dengan secara terbuka mahukan pasukan Pantai Timur itu menewaskan JDT namun kecundang 3-1.

Sarung Jersi Skuad Penyu, Sanusi Sokong Terengganu Di Final Piala FA?

Nampaknya, ‘perang’ antara dua pasukan ini bergerak episod ke satu episod yang lain dan ini terus memberikan kemeriahan bola sepak Malaysia.

Akan tetapi, ianya pasti sukar untuk diterima oleh para penyokong KDA yang hanya melihat pasukan mereka sering saja tewas di padang – hanya mampu bersorak di media sosial sahaja.

Banyak kerja yang perlu diubah oleh KDA menjelang Piala Malaysia dan musim baharu kelak, jika tidak ubati betul-betul mereka berpotensi untuk tidak mencabar kejuaraan pada 2023.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN