Berdepan Pahang, Baddrol Bakhtiar Teringat Kisah 8-8 Musim Lepas

Baddrol Bakhtiar Kedah JDT Piala Sumbangsih 2020 Pahang

Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar terkenang perlawanan peringkat separuh akhir TM Piala Malaysia 2019 apabila bercakap mengenai pertembungan menentang Pahang.

Jodoh Kedah dan Pahang memang kuat, dalam lima tahun terkini di pertandingan format kalah mati – Piala FA dan Piala Malaysia, Kedah dan Pahang sudah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini. Dua kali mereka bertemu di Piala FA (2017 dan 2018) dan sekali di Piala Malaysia iaitu pada musim lalu yang menyaksikan sejarah tercipta.

Ianya pasti lekat di ingatan semua. Manakan tidak, agregat 8-8 telah dilakar oleh kedua-dua pasukan dengan pertembungan di Stadium Darul Makmur menyaksikan perlawanan berakhir dengan kedudukan 5-5 – Kedah mara ke final berdasarkan jaringan di tempat lawan. Adakah ia memberikan tekanan kepada Helang Merah?

Menurut Baddrol Bakhtiar yang sekali lagi akan memimpin pasukannya di saingan Piala Malaysia, “Tiada tekanan sebenarnya kepada Kedah dan harapan saya pasukan dapat kekalkan momentum seperti aksi kami sebelum-sebelum ini walaupun berdepan Pahang benar-benar mengingatkan aksi di separuh akhir pada musim lepas.”

“Satu lagi harapan saya tiada mana-mana pemain mengalami sebarang kecederaan dan sempat pulih sebelum turun dengan Pahang kerana kami memerlukan semua pemain terbaik yang dimiliki pasukan,” tambahnya lagi kepada Berita MFL.

Dalam saingan CIMB Liga Super musim ini, Kedah turut ‘diajar’ skuad serba tempang itu dengan kekalahan 1-2 dalam aksi ke-9, di Stadium Darul Makmur. Ia pastinya meninggalkan kesan buat para pemain kerana dalam perlawanan tersebut, mereka terlebih dahulu mendahului aksi sebelum Pahang bangkit menewaskan mereka.

Namun, beliau berkata yang saingan Piala Malaysia kali ini lebih berbeza dengan perlawanan sebelum-sebelum ini. Menurutnya, “Kekalahan tempoh hari dalam Liga Super bagi saya ibarat satu pengajaran berguna kepada Kedah kerana kami terlepas peluang bagi merapatkan jurang dengan pendahulu, JDT [Johor Darul Ta’zim].”

“Jadi, semua pemain kena harus mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi serta memperbaiki segala kekurangan agar tidak terjadi sekali lagi kerana kami wajib menang dalam perlawanan ini,” tegasnya kepada rakan sepasukan.

Kedah merupakan finalis musim lalu dan laluan pada saingan kali ini nampaknya lebih mencabar dengan awal-awal lagi sudah berdepan juara empat kali kejohanan. Jika lolos, Kedah bakal berdepan pula Selangor atau Melaka United sebelum mengesahkan temujanji berdepan antara Terengganu FC, Perak, PJ City atau Kelantan United.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel mengenai Baddrol Bakhtiar dan Pahang:

MSL 2020: Pahang Lebur Rekod 5 Perlawanan Tanpa Kalah Kedah

Piala Malaysia 2019: Kedah Dan Pahang Terikat 3-3, Zaquan Adha Watak Penyelamat

Baddrol Bakhtiar, Lagenda Hidup Kedah Yang Telah Beraksi Dalam Semua Pertandingan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN