Benevento semalam hampir mendapat mata pertama mereka dalam kempen Serie A namun jaringan lewat pasukan Sassuolo menafikan mata pertama itu.
Musim ini adalah penampilan sulung kelab ini dalam kancah liga tertinggi di Itali itu. Kelab ini sudah ditubuhkan sejak 1929.
Mereka adalah kelab yang berpangkalan di pekan kecil Benevento yang hanya berpopulasi 60,000 penduduk sahaja.
Secara statistik, mereka hanya menjaringkan 6 gol setakat ini dan dibolosi sebanyak 33 kali. Dalam perlawanan semalam, Samuel Armenteros menyamakan kedudukan untuk Benevento pada minit ke-65.
Ini selepas mereka ketinggalan hasil jaringan Alsessandro Matri. Federico Peluso adalah penjaring kemenangan pada masa kecederaan untuk Sassuolo.
Ini adalah kali kedua mereka tewas kerana jaringan di masa kecederaan pada musim ini.
Kekalahan ini sudah pastinya meletakkan Benevento di tangga tercorot liga dengan 0 mata selepas 13 perlawanan. Manakala untuk Sassuolo mereka naik ke tangga ke-16 ataupun 2 mata di atas zon penyingkiran.
Mereka kini kekal satu-satunya pasukan di 5 liga utama Eropah yang masih belum mendapat sebarang mata.
Selepas ini Benevento akan berhadapan dengan Atalanta dan diikuti oleh perlawnaan menentang AC Milan. Sama-sama kita tunggu detik mereka meraikan mata pertama ataupun kemenangan pertama mereka dalam kancah Serie A.