Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menegaskan yang mereka masih memburu kemenangan di saingan ACL walaupun nasib kurang menyebelahi mereka.
JDT sudah tewas tiga kali dalam saingan Kumpulan G, AFC Champions League (ACL) 2021 dan kalah dua kali berturut-turut selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Ratchaburi Mitr Phol FC dalam perlawanan kedua kumpulan pada 25 Jun lalu.
Moral juara Liga Super tujuh tahun berturut-turut itu pastinya berada di tahap terendah ketika ini, namun segalanya masih perlu diteruskan di Bangkok. Mereka masih berbaki dua perlawanan berdepan Nagoya Grampus dan Ratchaburi FC dalam aksi terakhir.
“Saya tahu, keputusan perlawanan tidak berpihak kepada JDT. Namun, kami akan berjuang sehingga ke akhirnya untuk mendapatkan hasilnya. Kami di sini kerana kami adalah juara liga domestik tetapi berdepan lawan sukar, Nagoya,” ujar Mora.
5 Perkara Kemenangan JDT Ke Atas Ratchaburi FC Di ACL 2021 https://t.co/QPclTkzfuM
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 26, 2021
“Sudah tentu saya mahukan kemenangan, tiada jurulatih yang tak mahu menang. Kita boleh menang jika kita mengikut perancangan dengan baik dengan sedikit bantuan tuah,” tegas Benjamin Mora dalam sidang media pra perlawanan, semalam.
JDT akan berdepan wakil Jepun, Nagoya Grampus buat kali kedua selepas mereka tewas dalam pertembungan pertama pada 22 Jun lalu. JDT tewas tipis 0-1 hasil jaringan Hiroyuki Abe, sejam selepas perlawanan berlangsung, di minit ke-60.
Begitupun, Nagoya Grampus selepas itu mengganas apabila menang 3-0 ke atas Pohang Steelers dan dua kemenangan ke atas Ratchaburi FC (3-0 dan 4-0). Dalam empat perlawanan di ACL kali ini, Nagoya Grampus belum lagi dibolosi lawan.
Itu yang perlu difikirkan oleh Mora berdepan barisan peledak wakil Jepun itu. “Kami jangkakan Nagoya akan bermula dengan kekuatan terbaik mereka dari permulaan aksi kerana mereka tentu mahu menamatkan saingan sebagai juara,” ujar Mora.
🇯🇵 Nagoya Grampus 🆚 Johor Darul Ta'zim 🇲🇾
⏰: 21:00
🏟️: Rajamangala Stadium, Thailand
🏆: #ACL2021⛔ No side has breached Nagoya's rock solid defence so far. Can JDT become the first? pic.twitter.com/blGeALYe3G
— #ACL (@TheAFCCL) July 4, 2021
“Kami tahu bagaimana untuk bermain dan kami juga tahu cara untuk menyerang dan tentunya kami masih belum mengalah,” tambahnya lagi sambil berkata mungkin situasi di sana sangat memenatkan bagi minda para pemain JDT saat ini.
Selain perlu memikirkan untuk tidak dibolosi lawan yang jelas rakus dalam tiga aksi terakhir, JDT juga perlu menyelesaikan masalah sentuhan jaringan. Mereka hanya meledak dua gol dalam empat perlawanan – kedua-duanya oleh Leandro Velazquez.
Adakah dengan perubahan formasi taktikal JDT akan lebih baik? Ini kerana, di ACL kali ini, percaturan untuk meletakkan penyerang berbisa Liga Super 2021, Bergson da Silva sebagai penyerang tunggal tidak membantu serangan skuad Harimau Selatan.
Untuk rekod, mereka pernah merekodkan kemenangan ke atas wakil Jepun, Kashima Antlers (2019) dan wakil Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings (2020).
Baca lagi artikel mengenai JDT dan bola sepak antarabangsa:
Pohang Steelers ‘Kepenatan’, JDT Sepatutnya Tewas Jurang Lebih Besar
Pengadil JDT-Pohang Amat Dikenali Dan Dibenci Penyokong Indonesia
Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode