5 Perkara Positif Benjamin Mora Ketika Mengendalikan Johor Darul Ta’zim

Pagi ini kecoh di media sosial apabila JST mengumumkan Benjamin Mora akan kembali semula ke jawatan beliau di JDT.

Saya masih lagi pelik, dari celah mana pula Mora menjadi ‘caretaker’ ataupun interim? Kalau tak silap saya, Mora memang dilantik sebagai jurulatih sepenuh masa di JDT.

Panjang atau tidak tempoh, serta dia diturunkan pangkat ke JDTII adalah cerita lain.

Ada sumber menyebut, Mora sendiri yang meminta untuk diturunkan semula ke JDTII. Mungkin beliau lebih selesa untuk berada di seksyen di mana beliau menyediakan ‘ubi’ terbaik untuk JDT selepas ini.

Berdasarkan tinjauan kami, ramai penyokong JDT merasakan pengunduran Mora daripada jawatan ketua jurulatih adalah langkah positif.

Kami senaraikan 5 jasa perkara positif dilakuka Mora di JDT sejak beliau menggalas jawatan tersebut Januari lalu.

1. Mengurangkan impak kehilangan Gomez-Lucero-Diaz

Mana-mana pasukan yang kehilangan jurulatih terbaik dalam sejarah kelab mereka dan juga pembekal utama jaringan gol. Bukan sahaja penjaring gol utama malah penjaring gol kedua yang prolifik.

Kelab tersebut akan berada dalam masalah. Impak itu tidak boleh dielakkan. Dalam proses menstabilkan pasukan kembali, JDT dapat mengelakkan daripada mengupah jurulatih dari luar dengan kos yang lebih tinggi.

Mora dipromosi atas dasar kefahaman Mora tentang cita-cita JDT. Mora dilantik 48 jam sebelum sepak mula Liga Malaysia yang juga perlawanan Piala Sumbangsih.

Meskipun kehilangan 2 piala penting (Piala AFC dan Piala FA) yang membuatkan kredibiliti Mora semakin calar, sebenarnya Mora berjaya melepasi cabaran kelayakan Play-off pusingan Asia Tenggara di menentang Bangkok United.

JDT tewas dalam fasa play-off ke ACL di tangan pasukan dari Jepun, Gamba Osaka.

Tidak lupa juga Mora berjaya meletakkan JDT dalam landasan terbaik di Liga Super. Kini JDT 6 mata di atas pasukan Pahang selepas 13 perlawanan.

2. Berani menggunakan pemain tempatan untuk posisi penting

Tidak ramai jurulatih menggunakan pemain tempatan sebagai penggempur utama ataupun ‘attacking spear’.

Ini terutama sekali dalam sistem no.9 tunggal seperti yang digunakan JDT. Hazwan Bakri konsisten menjadi penggempur utama pasukan JDT meskipun mereka ada pemain import lain.

Beliau menggunakan sistem yang membolehkan beliau meletakkan Hazwan sebagai penggempur di dalam pasukan.

Afiq Fazail, dan Amirulhadi antara nama lain yang banyak diberikan minit oleh Mora.

Meskipun kadangkala pemilihan pasukan beliau agak kurang disenangi oleh peminat dengan meletakkan pemain seperti Amirulhadi di tengah pertahanan dan bek tengah, Safawi Rasid di peranan no.8.

Saya secara peribadi merasakan pendekatan ini memang terlalu berisiko. Namun Mora lebih tahu apa yang dia lakukan, dan kenapa dia melakukannya.

Namun begitu  kepercayaan beliau kepada pemain seperti Afiq Fazail dan Hazwan Bakri memberikan banyak manfaat kepada bola sepak kita yang memang bermasalah di pivot dan no.9.

3. Tegas dalam sistem dan pengurusan pasukan

Ketika JDT mula melantik beliau, TMJ menegaskan baginda mahukan sistem permainan yang berasaskan 4-3-2-1.

Benjamin Mora melakukan eksperimen kepada sistem itu dan ternyata ia sistem yang sukar. Mora bertegas untuk menggunakan 4-3-3 dengan pivot tunggal.

Selain itu, beliau juga tidak ada ragu-ragu untuk menyisihkan pemain import yang gagal menyerlah seperti Brian Fereirra dan Jeronimo Barralles.

Dari segi formasi, JDT boleh dikatakan memiliki formasi terbaik dan sesuai untuk pasukan yang mereka ada sekarang. Cuma isu konsistensi dan pemilihan pasukan yang kerap menjadi isu.

Seterusnya, dari segi pengurusan pasukan, Benjamin Mora tidak teragak-agak untuk melantik kapten beliau sendiri iaitu Marcos Antonio menggantikan Safiq Rahim.

Ia bukan mudah untuk melucutkan jawatan daripada pemain senior seperti Safiq Rahim lebih-lebih lagi Benjamin Mora masih ‘muda’ dalam kejurulatihan.

Beliau melakukan transisi itu dengan berkesan dan tidak ada isu dalam bilik persalinan dan keharmornian pasukan. Penyokong JDT juga rata-rata menerima baik peralihan kuasa ini.

Marcos Antonio lebih tenang dalam situasi tegang berbanding dengan Safiq Rahim. Mungkin itu faktor yang terkuat dalam pemilihan Mora selain daripada kepimpinan dan senioriti.

4. Membangunkan Afiq Fazail sebagai pivot moden

Sistem pivot moden ataupun no.6 berkait rapat dengan rotation ketika di dalam permainan.

Afiq Fazail telah dibangunkan menjadi no.6 moden. Beliau akan menjadi half-back apabila dalam proses menyerang Namun harus diakui masih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menjadikan Afiq lebih pivotal.

Tugasan jurulatih selepas ini adalah memastikan bakat ini terus dibangunkan dari segi merangcang perlawanan (perlawanan) dari blok rendah. Memperbaiki hantaran penetratif dan juga hantaran tinggi.

Afiq Fazail dan Mora ibarat simbiosis. Afiq memeberikan penyelesaian kepada pivot pasukan Mora, manakala Mora pula memberikan Afiq minit, pembanguna dan praktikal dalam perlawanan yang banyak.

5. Memperbaiki enjin serangan JDT

Di kala para peminat JDT meratapi kehilangan Diaz-Lucero, Mora mencari penyelesaian di dalam pasukan beliau.

Beliau mengenalpasti potensi Gabby Guerra untuk menjadi penggempur utama pasukan JDT berbanding dengan Brian Fereirra.

Beliau kemudian menjadikan gandingan Safiq-Guerra-Cabrerra menjadi dinamik di belakang Hazwan Bakri.

Safiq Rahim meneruskan sentuhan gol beliau. Anda mungkin bersetuju jika saya katakan bahawa Gabby Guerra adalah pemain terbaik JDT setakat ini.

Ia langkah penting untuk JDT menampal lohong besar yang ditinggalkan Diaz-Lucero.

Selamat kembali ke JDTII Mora

Mora bukanlah terlalu teruk untuk seorang jurulatih yang berjuang dengan pemain yang dipilih oleh jurulatih sebelum ini.

Cuma, Mario Gomez telah meletakkan penanda aras yang agak tinggi untuk Mora. Untuk pasukan seperti JDT, memang tekanan itu datang dari kanan dan kiri.

Ekspektasi yang tinggi dari peminat itu perkara biasa apabila anda menguruskan pasukan yang sarat dengan bakat.

Selepas ini, Benjamin Mora boleh kembali fokus kepada pembangunan bakat muda. Projek yang beliau tinggalkan sebelum ini.

Pengalaman beliau genap 5 bulan di JDT penting untuk beliau bawa ke dalam pasukan muda JDTII untuk merancang DNA bola sepak.

Mora meninggalkan JDT dengan ratio kemenangan yang boleh tahan iaitu 0.71 per perlawanan.

Anda boleh baca lebih lanjut pendekatan dan falsafah taktikal Benjamin Mora dalam artikel kami bertajuk: Falsafah Taktikal Benjamin Mora Di JDT, Analisis Aspek Ruang Dan Intensiti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN